Malaysia Web Hosting
Showing posts with label Miscellenous Shot. Show all posts
Showing posts with label Miscellenous Shot. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

FRIM Ride With Family June 2011 (Not A Tips, Just A Post for Today Blogging)

Dah lama tak mengayuh basikal….. 2 minggu sebelum bercuti, pun dah tak kayuh dah.  But, malam tadi terfikir nak berkayuh juga.  Mesti, wajib dan "MUST".

Apa-apa pun, ia merupakan agenda wajib hari Sabtu bagi kami sekeluarga.  Kalau dok bejalan sesaje, takde maknanya.  Masa berkayuh tak lah sempat nak "shoot." Just bila nak datang dan balik jerk.  Kilometer????? 6 km jerk, takut kang pancit pula "partner" & E'KiM. (Bukan diaorang jer pancit, saya pun… almaklum da nak masuk 40-an kata Elly.)

Part terbaik ialah "setiap aktiviti akan saya abadikan dalam frame ini untuk tatapan bersama."

Have some view or comment.  Esok lak kena hantar Aina ke lawatan di Balai Seni Lukis Negara.  





"Aktiviti 18 Jun 2011" Imej Oleh 'theFLAME
p/s: To Asrul…. sorri, esok tak leh kayuh, ada program untuk Aina lah.  Next week jadual saya masih kosong.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tuesday, June 14, 2011

Tips "The Family Travelog"

Sayang Kinabalu 2011- D3s 3003 by 'theFLAMEs' SNAP Galleries
Sayang Kinabalu 2011- D3s 3003 Foto-foto oleh 'theFLAME melalui Flickr.

Mmmmm!!!!!! Rasanya tak puas kalau asyik dok tunjuk gambar-gambar "The Family Travelog Diary" ni sahaja buat tatapan para "blogger".

Semalam sahaja, saya menerima banyak panggilan, pesan, e-mail, malah YM yang asyik bertanya pelbagai soalan-soalan berikut :-
  1. "Best" ke bercuti, balik Sabah?
  2. Wow!!!! Gambar "best-best"lah, boleh cerita pasal percutian?
  3. Berapa "henget" abis?
  4. Mahal ke "trip", yang dikecapi keluarga?
  5. Gambar lawa-lawa la… bagi tips "shooting"?
  6. dan banyak lagi.
    Tidak kurang juga ada menghantar pesanan "Congrats for the trips" dan "Nice Shot"

    Buat kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas, kepuasannya terletak pada wajah-wajah ceria pada setiap sentuhan yang saya "upload"kan di dalam blog, facebook, twitter dan flickr saya.

    Manakala, persoalan berkaitan perancangan akan terjawab dengan membaca serba sedikit dengan membaca coretan perjalanan, percutian dan tips saya di dalam blog ini.

    Okeylah…. panjang dan banyak sangat cerita yang melalut menjadikan ceritera percutian ini tidk kemana.

    Ringkasnya, biar saya ceritakan sedikit tips-tips percutian ke Sabah Keluarga kali ini bermula dengan percutian Keluarga di Pekan Kundasang - "Hot Spring" Poring,Ranau - Kinabalu Park.

    Tips Percutian Ke Pekan Kundasang, Kinabalu Park dan Sekitar Ranau Sahaja.
    Kenderaan 
    1. Untuk percutian sebegini, gunakan kenderaan yang sentiasa berkeadaan baik dan prestasi enjin yang berkeadaan baik. 
    2. Pilihlah kenderaan yang mempunyai kuasa pacuan yang baik untuk ke destinasi perjalanan percutian.  Antara yang terbaik ialah kenderaan pacuan 4 roda berkuasa 2.5 cc.  
    3. Bagi Percutian Kami, Kos Sewaan Kenderaan adalah RM0/- (Pinjam Kereta Waja 1.6cc kepunyaan adik.) 
    Minyak (Bahan Bakar Kenderaan)
    1. Untuk perjalanan yang lebih selesa dan tanpa halangan, PASTIKAN MINYAK DI ISI SEPENUHNYA. 
    2. Pengalaman kami, semasa trip percutian (baru-baru ini), semua stesyen kehabisan minyak petrol kecuali diesel. Kesemua stesyen minyak di Ranau kehabisan bahan bakar petrol.  Nasib baik, tangki kenderaan kami telah diisi sepenuhnya dari Kota Kinabalu lagi.  (Di Pekan Kundasang ada Stesyen Shell sahaja, tapi kalau tak perasan pasti tak jumpa punya.)
    3. Kos Minyak hanya RM120 Sahaja (full tank sahaja).  Kos ni untuk perjalanan Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kundasang-Ranau-Poring-Kundasang-Kinabalu Park- Kota Kinabalu-Beaufort.
    Penginapan
    1. Percutian ke tempat sebegini tidak memerlukan hotel bertaraf 5 bintang.
    2. Pilihlah lokasi penginapan bagi keluarga, saya cadangkan Pekan Kundasang untuk semua destinasi percutian.  Jangan mendengar iklan mulut semata-mata.  (Untuk pengetahuan semua, Pekan Ranau mempunyai cuaca yang agak panas sedikit dari Pekan Kundasang.)
    3. Pilihlah penginapan yang mempunyai Water Heater sahaja.  Di sini agak sejuk dan sukar nak mandi kalau tanpa kemudahannya.  Penyaman Udara dan Kipas Angin tidak diperlukan di sini.  Kalau nak sangat, pasti beku punya. Hahahahahahaha.
    4. Pemilihan penginapan yang berhampiran dengan kemudahan gerai makanan halal (buat yang beragama Islam). Sebagai maklumat tambahan, Pekan ini didiami oleh 90% penganut beragama Islam.  Jadi tidaklah sukar untuk mendapatkan makanan HALAL.
    5. Kos Penginapan kami hanya RM60/- semalam sahaja (Untuk 3 hari hanya RM180/- sahaja).
    Makanan
    1. Seperti saya katakan tadi, tiada kesukaran untuk mendapatkan makanan HALAL di Pekan Kundasang, kerana majoriti penduduknya beragama Islam. (Hanya untuk Pekan Kundasang sahaja yerk.)
    2. Makan tu ala kadar la sebagai pengunjung yerk.  Jangan la cari yang mahal-mahal. Di Pekan Kundasang ni favorite nya ialah Kepak Ayam Pekan Kundasang.  Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Ulam-ulam adalah segar. 
    3. Kos Makanan : Bergantung kepada perbelanjaan sendiri.  Kami meletakkan perbelanjaan makanan sehari sebanyak RM10/- hingga RM15/- seorang. (Lebihan perbelanjaan makanan digunakan untuk pembelian ole-ole percutian) 
    Pakaian 
         Sediakan 
    1. Sepasang Pakaian Tebal / Jaket
    2. Stokin Untuk Tidur Malam
    Lain-lain Peralatan
    1. Lampu Picit…..
    2. Kamera untuk gambar kenangan disana nanti.
    3. Bateri lampu, Bateri Kamera
    4. Komputer Laptop dan Broadband (Internet sememangnya clear di sini) 
    Tempat-tempat menarik di Pekan Kundasang
    1. Pekan Kundasang
    2. Pasar Tani Pekan Kundasang
    3. Desa Cattle Farm
    4. Kundasang War Memorial
    5. Kinabalu Park hingga ke Timpohon (Tempat Mula Mendaki) & Air Terjun Timpohon.
    Tempat-tempat menarik di sekitar Ranau
    1. Hot Spring Poring, Ranau
    2. Sabah Tea Farm, Luanti
    Rasanya itulah serba sedikit Tips Percutian "The Family Travelog Diary" kami buat panduan bersama untuk semua.

    Selamat bercuti….. Hanya Di Sabah Di Bawah Bayu.

    Rasanya lagu ni tidak akan kami sekeluarga semasa di Pekan Kundasang.


    p/s : Lihat Kinabalu, Hati Saya Rindu. Naik Kinabalu, Hati Saya Rindu.  Sayang Kinabalu.

    'theFLAME
    ThePhotoBlogger.

    Saturday, May 7, 2011

    Seronoknya Riadah, Bagaimana?

    Semasa menghadiri latihan bola tampar sempena hari sukan organisasi semalam (05 Mei 2011), saya disapa seseorang yang saya sendiri tidak mengenali namanya. Almaklumlah, organisasi tempat saya berkerja ni besar "juga" (hahahahaha bukan besar "juga", tapi selayaknya besar "sangat.") menyebabkan saya tidak mengenali hampir kesemua warganya.

    Panjang juga sembangnya, diselang seli dengan gelak tawa sikit. (Macam dah lama kenal pulak).
    "Encik, suka blogging yerk ?"
    "Yer…. suka-suka saja.
    "Selalu saya follow, cerita blog "Sentuhan Listrikku", Encik tu…. best juga. Just nak minta opinion la. Boleh ker Encik bagi cadangan macam mana nak buat riadah keluarga saya lebih "fun", yerk."
    Saya ucapkan "Terima Kasih" dan tersenyum malu dengan pertanyaan macam tu. Saya bukannya pakar pun. Tak langsung hebat manapun.  Namun, untuk tidak mengecewakannya, saya bagi sedikit Tips-Tips Keseronokan Berbasikal (Beriadah) Keluarga saya untuk panduan orang yang saya tidak kenali ini. Maybe berguna buatnya dan keluarga (Saya harap la.)

    Okeylah…..

    Tips-Tips Keseronokan Berbasikal (Beriadah) Keluarga

    Setiap riadah mestilah disulami dengan keseronokan. Tanpa keseronokan, riadah yang kita lakukan akan lesu tanpa kepuasan. Umumnya bagi saya, keseronokan riadah merupakan kepuasan keluarga.

    Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
    Di sini saya kongsikan sedikit keseronokan riadah keluarga dan tips penting keseronokan riadah saya untuk semua. Saya lebih memfokuskan kepada riadah berbasikal keluarga, yang menjadi riadah keluarga saya sekian lama.  Bagi saya, riadah keluarga hendaklah dibajai dengan perkara-perkara berikut (bagi memastikan keseronokannya) :-
    Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
    Kesepakatan Keluarga, Perancangan dan Kesihatan.
    • Kesefahaman Sesama Keluarga
    1. Kesefahaman adalah penting dalam setiap aktiviti sesebuah keluarga.  Tanpa kesefahaman, segalanya akan susah kita jayakan.  Ini terutamanya semasa menjalankan aktiviti.  Bagi saya dan keluarga, kesefahaman dari segi siapa berada di bahagian hadapan, bahagian belakang dan bahagian tengah adalah penting.  Ini kerana, ia adalah berguna bagi memastikan kelajuan kayuhan semasa berbasikal.
    2. Di samping itu, kesefahaman juga menjamin keselamatan. Keselamatan ahli keluarga dapat dipastikan sekiranya persefahaman yang baik berlaku.  Contoh terbaik adalah, jarak selamat semasa berkayuh.  Mengayuh pada jarak yang rapat akan mengundang perlanggaran dan dan kerosakan kepada peralatan yang digunakan. 
    • Penyertaan Ahli Keluarga
    1. Apapun aktiviti, penyertaan ahli keluarga adalah penting, ini kerana ia merupakan riadah keluarga.  Pastikan ahli keluarga terlibat dalam aktiviti ini.  (Bukan hanya terlibat, tetapi menyukainya.) 
    2. Elakkan dari memaksa ahli keluarga terlibat.  (Seperti saya katakan dalam pengisian blog lepas, pemilihan untuk penglibatan aktiviti hendaklah dilakukan lebih awal)
    • Perancangan Perjalanan Aktiviti
    1. Perancangan Perjalanan Aktiviti hendaklah diatur dari awal perjalanan sehinggalah ke hujung perjalanan.  Biarlah perjalanan, yang kita rancang akan melalui pemandangan yang menarik yang kita ketahui, cabaran yang tidak berat untuk keluarga, mempunyai kawasan rehat untuk ahli keluarga berehat sekiranya berasa penat, atau mempunyai warung atau kedai minum di antara destinasi (bagi melepaskan dahaga).
    • Kesihatan Mengizinkan
    1. Pastikan Kesihatan (Ahli Keluarga) Mengizinkan sebelum memulakan perjalanan.  Aktiviti tidak boleh dijalankan sekiranya, terdapat ahli keluarga yang kurang sihat.  Tangguhkan aktiviti tersebut, sekiranya terdapat ahli keluarga yang kurang sihat.  Seperti saya katakan awal-awal tadi, ini adalah aktiviti keluarga.  Dan, jangan lupa untuk maklumkan kepada ahli keluarga yang terlibat.
    Wujudkan Pertandingan Kecil Sesama Ahli Keluarga.
    Ini merupakan perkara wajib untuk menarik minat ahli keluarga terlibat di dalam aktiviti ini. Kebiasaannya, kami akan memastikan setiap aktiviti riadah diwujudkan pertandingan-pertandingan kecil, bagi memotivasikan setiap isi keluarga yang terlibat.  Hadiahnya, tidaklah perlu besar, cukup dengan membeli buku-buku bacaan buat anak-anak, atau menyediakan masakan kegemaran untuk anak-anak.  (Ibubapa, tak payah la beria-ia nak menang, nanti tak ada pula nak berkayuh dengan kita, esok lusanya.)
    Buatlah Kayuhan Bersama-Sama
    Buatlah kayuhan bersama-sama semasa aktiviti.  Janganlah kita tinggalkan ahli keluarga, kerana nak menang.  Lagipun, sponsornya sudah tentunya kitakan. Ini bagi memastikan keselamatan setiap ahli keluarga, dan ahli keluarga tidak berasa letih mengejar kita yang mungkin dan terlalu HEBAT dalam aktiviti tersebut.  Di sinilah pentingnya jarak keselamatan semasa mengayuh basikal.
    Elakkan Aktiviti Yang Terlalu Lama.
    Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa bosan, elakkan aktiviti yang terlalu lama.  Bagi saya, saya memilih untuk mengayuh selama 2 hingga 2 1/2 jam sahaja.  (Perlu diingat, ini adalah riadah bersama.)  Keletihan yang keterlaluan akan membosankan, menyebabkan ahli keluarga kurang seronok dan berkemungkinan besar mereka tidak akan ingin terlibat lagi.  Keletihan juga menyebabkan kerja rumah anak-anak tak siap pulak dimalam nanti.
    Rehat, Jika Salah Seorang Ahli Keluarga Penat.
    Riadah sebegini adalah meletihkan, bagi anak-anak.  Saya cadangkan agar ajaklah keluarga berehat, sekiranya mereka kelihatan letih.  Sambil meneguk bekalan air serta menghirup udara segar pagi dan memerhati sekeliling kita.  Ambillah masa sebegini untuk bersembang-sembang dengan ahli keluarga. Bagi saya, saya elakkan bercerita perihal kerja yang membosankan.  Perhatikan juga basikal yang mereka gunakan sama ada berfungsi dengan baik.
    Sembang-Sembang Sambil Mengayuh atau Berehat.
    Semasa berehat atau sambil mengayuh tu, ajaklah ahli keluarga bersembang-sembang untuk memastikan kebosanan ahli keluarga semasa mengayuh.  Berceritalah, cerita-cerita yang menyeronokan semua pihak.
    Di Destinasi Akhir Ajak Keluarga Bersarapan Bersama.
    Kebiasaannya, saya akan mengambil sarapan ringan (bijirin) bersama keluarga, sebelum keluar untuk beraktiviti.  Pada akhir destinasi, saya suka mengajak keluarga bersarapan di kedai, warung ataupun di rumah selepas riadah dan membersihkan peralatan-peralatan riadah.  Ini akan lebih mengakrabkan kekeluargaan kerana segalanya dilakukan secara bersama.
    Videokan atau Ambil Gambar Aktiviti
    Ini merupakan perkara penting, bagi sebarang aktiviti terutamanya aktiviti-aktiviti keluarga.  Abadikan aktiviti kita sebagai kenang-kenangan.  Dengan pengabadian aktiviti riadah, ia menambah keseronokan riadah sesebuah keluarga.  Ianya boleh ditonton, diframekan dan dijadikan kenangan untuk keluarga suatu masa nanti.
    Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
    Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
    Pendek dan ringkas penerangannya.  Walau apapun, itulah serba ringkas, yang sempat saya bualkan bersama sahabat semalam.  Tips-tips tu, saya tujukan ikhlas untuknya, juga sahabat pembaca semua.  Andaikata ianya berguna, saya dengan tangan terbuka berkongsi dengan sesiapa sahaja.  Biasalah, "SHARING is CARING" kan.

    Kesudahan sembang-sembang kecil tu, berakhir dengan saya, terpaksa balik ke rumah kerana jam dah menunjukkan pukul 7:00 malam.  Risau pula si Elly dan budak-budak kat rumah tu nanti.  Lagipun, dah hampir waktu maghrib, pelik pula dipandang orang.  Sedihnya, saya tak sempat nak tanya nama kawan ni.  (Dah kelam kabut nak balik, nak tanya pun tak sempat, tak pe, nanti dekat pejabat saya yang bertingkat sembilan dan besar seluas 3 padang bola tu saya akan tanya namanya.  Kalau jumpa lagi.)

    Apa-apapun, keseronokan adalah datang dari kreativiti kita sendiri.

    Selamat Membaca dan Mencuba.

    p/s : mmmmm komen anda rasanya yang terbaik buat kita bersama.  Untuk gambar-gambar yang lebih terang dan lebih menarik, sudi-sudikan bertandang ke flickr saya.  Jangan lupa komen sekali disitu yerk.

    The PhotoBlogger

    Wednesday, May 4, 2011

    Pengurusan Majlis Harijadi (Cara Kami, Gaya Kami…...)

    framing some moment : happy 4th birthday e'ziq by 'theFLAMEs' SNAP Galleries

    3 Mei 2011, semalam, genap sudah 4 tahun usia Emran Haziq Bin A Halim @ Abdul Halim.  Sepetah bercakap ini, cukup gembira apabila sambutan kecil-kecilannya disambut dengan sederhana dan meriah.

    Kegembiraannya terasa, apabila pagi-pagi lagi selepas saya memulakan kerja di pejabat, dideringkan dengan telefon bimbitku berserta sambutan "Hello…. Papa, tak nak wish kat E'ZiQ ker?" (Elly juga mengakuinya begitu, dengan panggilan seawal waktu kerja di pejabat, malah lebih dahulu dari panggilan kepadaku sendiri. Huh!!!!!! Anak mama betul.)

    Kegembiraan ini jelas terpancar pada dirinya yang lebih ceria melalui telefon pagi semalam. Almaklumlah, tarikh 3 Mei merupakan tarikh :-
    1. Tarikh Hari Lahirnya yang wajib kami raikan. (Begitu juga, dengan anak-anak lain seperti Aina, E'KiM dan Ariyana)
    2. Hari "Pow" Papa, Mama, Kakak, Abang dan Adik.
    3. Hari di mana Papa, Mama, Kakak, E'KiM dan Adik (walaupun kecik,asyik dok tanya adik nak bagi apa) serta Bibik kena beli Hadiah.
    4. Hari di mana Mama kena masak atau beli kek.
    5. Hari di mana perkataan yang sering terucap seharian ialah "Kek" dan "Hadiah".

    The Family Choice "Secret Recipe : Butterscotch Cake" : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Semalam juga kami sekeluarga menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi, Happy Birthday To You" dengan petikan gitar aquastik papa. (Sori takde yang sempat nak gambar) pasal takde tukang gambarnye.

    "E'ZiQ & Papa" : Image By Elly Salleh 2011 © 
    Semalam juga, mama buat ucapan pendek "E'ZiQ!!!!! Ini upah kedewasaan , Upah Jaga Adik Yana, dan Upah jadi budak yang baik."

    "E'ZiQ & Mama" : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Diselang-seli dengan helai-tawa, kami menjamu kek "Secret Recipe" dan juadah ringkas Elly kue-teow goreng basah udang dan sedikit kuih muih serta sup.

    "Secret Recipe : Butterscotch Cake" for E'ZiQ : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Sememangnya terbaik, walaupun ringkas.
    -----o0o-----
    Bagaimana kami mengatur majlis ringkas, meriah dan mengamit kenangan abadi untuk setiap ahli keluarga ini?  Cukup mudah.  

    "Meriahnya…Keluarga" : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Meriahnya ….. Mereka (Aina, E'ZiQ & E'KiM) : Image By 'theFLAME 2011 ©
    "Cara kami gaya kami…."

    Tips mengatur perancangan menguruskan majlis hari jadi/hari lahir ini, saya ingin kongsikan bersama buat semua, semoga ianya berguna untuk semua pembaca sebagai sedikit panduan untuk meraikannya bersama keluarga.  Bak kata saya, "Cara Kami, Gaya Kami…"  Selamat membaca, dan mungkin ianya berguna untuk semua.
    Pengurusan Majlis Hari Lahir/Hari Jadi "Cara Kami, Gaya Kami"
    Perancangan Takwim Keluarga
    • Setiap Harijadi/Hari Lahir akan sentiasa tercatat di dalam diari keluarga ataupun peribadi.  (Semua orang sepastinya melakukan sebegitu bukan.)
    • Bagi kami, ianya dirancang seawal mungkin bagi mengelakkan ianya terlupa untuk diraikan.  Dari sini segala perancangan kewangan akan disediakan, termasuk harijadi orang gaji saya sendiri. (Dia pun orang jugakan, Orang Gaji juga mempunyai perasaan untuk diraikan. Sekurang-kurangnya oleh kita.  Dah 5 tahun dia menyambut harijadinya bersama keluarga kami.) 
    Perancangan Kewangan Seawal Tahun
    • Yang ini adalah yang saya katakan "Cara Kami, Gaya Kami".  Kewangan akan dikumpulkan sepanjang tahun sebanyak mungkin mengikut sambutan dan jemputan.  Masing-masing akan membuat pemotongan gaji bagi saya dan Elly, manakala, bagi Aina dan Hakim pemotongan melalui elaun mingguan sebanyak RM1 seminggu.  Bagi Ariyana kami terpaksalah tampung.  Bagi Orang Gaji saya kami, ikut kemampuannya. (Yang penting semua ada sumbangan.)
    • Dari sinilah sumber kewangan untuk perbelanjaan Hadiah, Kek, Makanan, dan segalanya.  Kalau nak beli agak mahal sedikit kena tambah duit sendiri.  Yang Penting hadiah seorang satu kena ada. Maksudnya dalam majlis keluarga kami sekurang-kurangnya ada 5 hadiah bagi setiap majlis. 
    Perancangan Tempat Majlis Akan Diadakan
    • Kebiasaannya, Majlis akan diadakan di rumah sahaja.  Ini kerana, sekiranya jemputan hadir, laman boleh digunakan, ruang tamu boleh dioptimakan penggunaannya.  Kami cuba mengelakkan majlis-majlis luar kerana kos akan bertambah. (Sekiranya, ianya bertepatan dengan sambutan Hari Raya, ianya disatukan dengan Majlis Rumah Terbuka.  Sekiranya, ia berlaku pada Hari Kelepasan Am, upacara/majlis lebih tertumpu kepada piknik bersama keluarga di luar.)
    • Hari ini keluarga kami lebih suka mengadakannya di rumah sahaja, kerana kos, cuaca, situasi, dan jemputan mudah menghadiri. 
    Perancangan Makanan Untuk Majlis
    • Makanan pilihan atau kek pilihan ditentukan oleh empunya Majlis dan ianya dirancang seawal dua bulan sebelum majlis.
    Perancangan Jemputan Majlis
    • Ianya ditentukan oleh empunya majlis seawal dua bulan.  Ini bagi memastikan semua yang patut hadir dan dapat makan. ( Kang kalau tak makan lain la pulak ceritanya. ) Potongan pula, akan ditambah, sekiranya jumlah jemputan agak ramai. (kes takut tak dapat makan tu.)  (Note : Makin banyak jemputan, makin banyaklah potongan bulanannyer).
    • Jemputan kanak-kanak akan diasingkan, bagi mengelakkan suasana yang kelam-kabut.
    Perancangan Pemberian Ole-Ole Harijadi
    • Hanya diberikan sekali sahaja semasa majlis oleh empunya harijadi, bagi mengelakkan pemberian yang berulang. Biasanya, pihak keluarga kami akan menyerahkan kad jemputan dan 'tag atau kupon' kepada jemputan kanak-kanak (sama ada secara terus kepada kawan-kawan anak-anak, ataupun kepada ibubapa). 'Tag atau kupon' ini akan digunakan sebagai gantian Ole-Ole sebelum balik dari majlis yang diadakan. (Jadi, jangan hilang 'tag atau kupon' ni yerk.)
    Peralatan Pinggan Mangkuk Majlis
    • Hanya Polisterin sahaja digunakan bagi Majlis yang agak besar. (Pembelian menggunakan tabungan awal tahun).  Bagi Majlis kecil-kecilan dan keluarga sahaja, pinggan-pinggan kegunaan harian akan digunakan.
    • Pinggan dan Cawan Polisterin agak selamat digunakan bagi majlis besar, kerana keselamatan.  Kaca mudah pecah dan berbahaya. 
    Perancangan Untuk Kemeriahan
    • Muzik-muzik salingan, selang-seli dengan instrumental digunakan bagi menghidupkan majlis.  (Bagi Hakim lagu-lagu Naruto adalah wajib, so kena selang-selikan lah juga.)

    Perancangan Keseluruhan Majlis
    • Masa ketibaan jemputan dan tamat majlis (sekiranya adanya jemputan-jemputan) hendaklah ditetapkan.  Pastikan masa untuk berkemas selepas majlis selewat-lewatnya sebelum malam tiba.  Ini faktor keletihan perlulah diutamakan.  Selepas waktu tu, alamat makanan dah stop produce la.  (Yang ni kena notify kat dalam kad jemputan.)
    Itulah sedikit tips "Cara Kami, Gaya Kami" mengatur majlis-majlis kecil keluarga dan sedikit jemputan.  Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar sepanjang kami meraikan majlis kelahiran dan majlis-majlis lain. Kos yang rendah, kehadiran yang memuaskan, meriah dan mengabadikan kenangan.
    -----o0o-----
    Terima kasih kepada yang pernah dan sudi hadir.  Kebanyakkan orang yang hadir akan tanya Elly favorite Mee Bandung Muar dan Kek.  Sedap ke??????  Memang sedap.  Itulah sentuhan "Elly's Kitchen."

    Akhir kata, salam buat semua.  Buat Majlis Birthday E'ZiQ…. tiada jemputan luar, pasal katanya dia takde kawan kat luar, tahun depan baru ada kot. (Next Year masuk Tadika).

    "My Little E'ZiQ, Now Is 4 Years Old" : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Family Get Together Gather: Image By 'theFLAME 2011 ©
    Saya bangga dengan "Cara Kami, Gaya Kami…. Menguruskan Majlis Kecil-kecilan buat keluarga."  Semoga boleh dijadikan pedoman bersama, buat semua.  Nasihat saya, "Uruskanlah Majlis anda lebih teratur dan proffesional.  Jangan Kelam-kabut…. Buat Perancang Awal… Insyallah segalanya akan lebih teratur, terancang dan menjadi abadi."  Salam…….

    p/s : mmmmm komen anda boleh dijadikan yang terbaik buat kita bersama.  Sudi-sudikanlah melontarkan komen membina anda untuk kegunaan bersama.

    The PhotoBlogger

    Monday, May 2, 2011

    Tips Memilih Riadah Keluarga ( Bagi Saya Berbasikal Melayan Kebosanan Kerja )

    THE SPORTS by 'theFLAMEs' SNAP Galleries
    Gambar ini adalah gambar pertama kami dalam arena sukan berbasikal.
    Teringat saya bila Pengarah Hospital Sg Buloh, bertanya pada 26hb April 2011, "Kemana semalam, dengar kata Cuti Sakit akibat jatuh berbasikal di FRIM, Kepong melalui laluan Freeride lebih 25 km?"

    Nak membodek saya tak reti sangat, jadi saya mengiakannya.

    Tup-Tap-Tup-Tap….. rupanya ada mesyuarat pada 25hb April 2011 tu, yang memerlukan kehadiran saya. Almaklumlah…. Mesyuarat Pengurusan yang sentiasa tak lekang dengan pelbagai celahan dan persoalan yang sering ditujukan kepada Pengarah yang saya hormati ini.

    Dipendekkan cerita, Pengarah bertanya…. "Kenapa memilih riadah jenis ini? Tampak lasak dan berisiko." Saya menjawab dengan berhati-hati, "Ianya riadah keluarga yang banyak memerlukan tenaga, kepantasan pemikiran dan kekuatan stamina."

    -----o0o-----

    Menterjemahkan "Riadah Keluarga", saya rasa perlu dikongsikan bersama tips-tips berikut untuk pembaca dalam membuat pemilihan riada keluarga.

    Tidak dapat tidak, semua kita mempunyai pilihan tersendiri untuk riadah berkeluarga. Ini termasuklah berbasikal (sekurang-kurangnya keliling taman perumahan), berjogging, berpiknik, berenang, bergotong royong membersihkan laman rumah, berkayak, memanjat gunung (wall climbing pun termasuklah juga tu) dan banyak lagi.
    Tips dan Cara Saya Memilih Riadah Keluarga.
    Diri Sendiri.
    • Dalam memastikan sesuatu riadah keluarga itu berjaya, sesuatu riadah hendaklah bermula dengan diri sendiri. Cuba tanya dalam diri, "Apakah riadah yang kita minati?" Bagi saya (contohnya), saya meminati sukan-sukan lasak seperti Rock Climbing, Wall Climbing, Skateboarding dan Mountain Bike Riding (MTB). Senaraikan yerrrrr, catatkan dalam nota kita.
    Dapatkan Minat Pasangan atau Keluarga Kita.
    • Selepas kita telah memastikan minat kita, dapatkan pula minat keluarga kita berkaitan riadah yang mereka minati. (Kalau boleh siapkan senarai ringkas dalam buku harian kita. Tak kiralah banyak mana, sekalipun.) Ini termasuklah sukan atau riadah anak-anak kita sukai.
    Kaji Senarai Yang Telah Kita Sediakan.
    • Setelah kita mempunyai senarai diri sendiri, pasangan kita dan anak-anak kita, kaji dan pilih aktiviti riadah yang kebanyakannya menjadi kesukaan keseluruhan ahli keluarga. Bagi saya dan keluarga saya, 5 dari 6 ahli keluarga saya memilih "Berbasikal" sebagai aktiviti riadah, meskipun ianya bukanlah pilihan utama semua ahli keluarga. (Seorang tak menyokong pasal masih bayi lagi….. hehehehehehe, tapi boleh dipupuk, kan.)
    Kaji Kos Yang Bakal Terlibat.
    • Kos merupakan antara perkara penting dalam merancang Riadah Keluarga. Tiada satupun, riadah keluarga yang tidak melibatkan kos. Sekurang-kurangnya, kos permulaan seperti pakaian, keselamatan dan peralatan. Contohnya : Riadah "Berbasikal", kos yang terlibat kebanyakannya pada peralatan untuk kegunaan kita sesama keluarga. Tak payah la, sampai kita berbelanja besar untuk membeli sebuah basikal ribuan ringgit kecuali kita ingin terlibat secara langsung dengan sukan tersebut. Cukuplah dengan perbelanjaan yang ala-kadar. Selain dari itu, jangan lupa peralatan keselamatan, seperti topi keledar, kasut, pad siku, pad lutut, lampu belakang dan depan, dan pakaian yang bersesuaian untuk sukan berbasikal. 
    • Untuk lebih lanjut, kunjunglah ke kedai-kedai sukan / riadah pilihan anda untuk mendapatkan sedikit nasihat, berkaitan peralatan yang ingin anda gunakan.  Mereka tidak lokek untuk menasihatkan peralatan terbaik.  Jangan lupa nyatakan bajet kita sekali.  Jadi tidaklah mereka, merapu sampai ke peralatan yang mahal yang tidak termampu oleh kita. 
    Rancang Kos Yang Terlibat.
    • Pembelian peralatan adalah satu yang menyakitkan, sekiranya tidak dirancang dengan baik. Seorang sahabat saya, yang teringin membuat riadah keluarga telah melakukan belian sekaligus, termenung panjang seharian memikirkan kos belian dengan rokok sekotak di depan rumahnya. Jadi, rancanglah pembelian dengan baik.  Dari situ saya belajar sedikit, bahawa, setiap pembelian peralatan memerlukan perancangan. Jangan terduduk berjam-jam bila pembelian telah dilakukan.
    Maklumkan dan Bincangkan Secara Bersama Seisi Keluarga.
    • Riadah memerlukan kerjasama dan kerja sepasukan yang baik. Contohnya, Riadah Keluarga Berkhemah, memerlukan seorang Jurubina Khemah, yang memastikan khemah tegak berdiri, walaupun hujan turun dengan lebatnya. (Tidaklah nanti semua berlindung di bawah pokok bila hujan membasahi bumi.)  Jadinya, apa-apa perancangan pun tidak menjadi. 
    • Bagi memudahkan cara, maklumkan kepada keluarga terutama sekali pasangan berkaitan riadah pilihan kita dan bagaimana melakukannya.
    Beli Peralatan Riadah Yang Asas Terlebih Dahulu, Baru Diikuti Peralatan Lain.
    • Seandainya, "Berbasikal" adalah pilihan Riadah Keluarga. Belilah Basikal dahulu biarpun murah. Janganlah dah beli basikal canggih yang mahal-mahal, penghujungnya tergantung di dinding sahaja.
    "My Family Toys, Today from left : MERIDA Matts 40, Kona Four : Full Susp & MERIDA One-Five-O-800 :150mm Trail" : Image By 'theFLAME 2011 © 
    Buatlah Aktiviti-Aktiviti Secara Terancang.
    • Sebagai permulaan, buatlah aktiviti berbasikal di kawasan persekitaran taman perumahan sahaja. "Kayuh pelan-pelan." kata rakan-rakan saya dalam arena berbasikal lasak hari ini. Bila kita rasa, kita perlu keluar dari kepompong taman perumahan, barulah bawa keluarga lebih jauh, contohnya, keluar jauh sedikit dari kawasan perumahan kita ataupun keluar kota seperti taman-taman rekreasi berbayar (Tak mahal pun, kebiasaannya sekitar RM3/- untuk sebuah basikal sahaja). 
    • Dengan perancangan yang baik, aktiviti akan berterusan kerana ianya telah teratur dari masa ke semasa dan keluarga akan lebih ingan terlibat dalam setiap aktiviti riadah dirancangkan. 
    Cuba Libatkan Diri Dan Keluarga Dengan Kumpulan Masyarakat Persekitaran Yang Terlibat Dengan Aktiviti Yang Sama.
    • Untuk lebih jauh dan mendalami selok-belok aktiviti ini, kita perlu melibatkan diri dengan kumpulan masyarakat persekitaran yang terlibat dengan aktiviti ini. Bagi saya sendiri, selain dari mempelajari tatacara berbasikal yang baik, saya juga boleh berkenalan dengan golongan masyarakat taman perumahan saya, malah boleh menambahkan network. Jangan lupa, kenalkan minat diri dan keluarga yang sama seperti mereka. Dapatkan nombor telefon komunikasi. (Nanti kang, tak sampai ke manapun perancangan kita.)
    • Bermula dari situ, libatkanlah diri anda pada setiap aktiviti riadah pilihan anda, bila ada kelapangan. Banyak boleh dipelajari dari perkumpulan sebegini. termasuklah tatacara menjaga peralatan riadah kita, teknik penggunaan peralatan dan banyak lagi.
    Lapangkan Ruang Masa Untuk Mengikuti Pertandingan.
    • Untuk menjadikan riadah keluarga lebih menarik, bawa keluarga terlibat dalam pertandingan-pertandingan kecil. (Tak kisah la…. kalau tak menang pun.)  Bagi berbasikal, kayuhlah bersama-sama. Anak perempuan saya, Aina tidak suka untuk berbasikal secara berkumpulan dengan kumpulan selain keluarga, namun suka memasak, jadi apa salahnya Aina dijadikan krew masakan atau refreshment kumpulan keluarga.  Sememangnya, Aina menjalankan tugasnya sambil melayan karenah Ariyana (yang sentiasa bersama bibiknya). 
    • Pertandingan mewujudkan minat supaya ahli keluarga sentiasa terlibat dengan aktiviti-akitiviti ini dari masa ke semasa. Jadi, minat akan sentiasa berterusan, selama mana kita wujudkan persaingan sesama kita dan keluarga.
    Ajar Keluarga Menjaga Peralatan Riadah.
    • Selain dari menghargai peralatan yang kita telah beli, ia juga meningkatkan disiplin keluarga serta menilai erti setiap sen kita belanjakan. Emran (Anak Ke-2, saya), kini mampu untuk membersihkan kotoran-kotoran basikalnya sendiri. (So kurang sikit kerjakan.) 
    • Peralatan yang kita beli bukannya didapati percuma.  Dengan cara ini, peralatan sentiasa terjaga, jangka hayatnya juga akan lebih lama.  Secara tidak langsung, aktiviti keluarga dapat diteruskan sampai bila-bila. 
    Penjadualan Riadah Sama Ada Secara Bulanan, Mingguan, Atau Tahunan.
    • Setelah segala peralatan sentiasa terjaga, penjadualan Riadah Keluarga harus dilakukan. Ini bagi memastikan ianya bukanlah hangat-hangat tahi ayam semata-mata.  Saya cadangkan, ianya diletakkan di dalam Kelendar Keluarga sebagai aktiviti dwi-mingguan ataupun mingguan. 
    "661 for Eley" : Image By 'theFLAME 2011 © 
    • Takkan kayuh sekali dan berhenti untuk minggu seterusnya.  Ia merugikan, kerana pelaburan telah dilakukan, berkemungkinan telah mencapai ribuan ringgit. 
    Gunakan Internet Untuk Mendapatkan Pelbagai Tips Berkaitan Aktiviti.
    • Ramai orang yang pakai tangkap muat untuk riadah keluarga, akhirnya tidak kemana. Internet merupakan sumber terbaik. Jadi layarilah, internet untuk tujuan menambah ilmu berkaitan riadah keluarga pilihan kita dan sedikit tips-tips tambahan berkaitan riadah.  Kadang-kala forum, Facebook dan Friendster juga satu ruang menarik untuk mendapatkan ilmu dengan semua golongan yang berminat sukan-sukan sebegini.
    Galakkan Keluarga Dalam Aktiviti Pilihan.
    • Aktiviti Riadah Keluarga, kalau dilakukan sendirian bukanlah aktiviti riadah keluarga namanya. Jadi galakan hendaklah sentiasa kita lakukan buat pasangan dan anak-anak, supaya mereka terus bersama kita dalam aktiviti yang kita rancangkan. Saya ambil contoh aaktiviti Riadah Berbasikal Keluarga saya. Kadang-kala, muka Emran akan naik pucat menolak basikal ke puncak bukit. Namun berbekalkan kata-kata semangat Emran sampai juga ke puncak. Begitu juga, Elly yang keletihan merentas perjalanan 27 km berbasikal melalui lumpur, becar, sungai kecil dan lopak, namun dengan kata-kata peransang, Elly sampai juga ke destinasi akhir. Itulah galakan dan peransang namanya. 
    • Tidak dapat tidak, peransang dan galakan adalah injin setiap aktiviti Riadah Keluarga.  Kerana dari sinilah semangat dan keyakinan dapat dijana di dalam minda keluarga. 
    Buat Cabaran Buat Keluarga, Termasuk Pertandingan Sesama Keluarga.
    • "Minggu depan, kita kayuh sebelah area XYZ, siapa yang juara kita letak kat notis board kat rumah sebagai juara. Ujung tahun dapatlah hadiah….." Elly dan Emran paling suka part ni. Pasal hujung tahun mereka boleh memilih hadiah pilihan. Almaklum nak masuk pertandingan bukannya senang nak menang. Jadi buatlah hadiah pertandingan kategori sendiri, iaitu "Kategori Keluarga." Saya suka hadiahnya adalah percutian bersama keluarga, walaupun di sebuah homestay murahan sahaja.
    Ambillah Gambar Kenangan
    • Akhir sekali, setiap aktiviti ambillah gambar bersama-sama sebagai kenangan abadi buat keluarga. Sekiranya, terlibat dengan pertandingan, jangan lupa shoot, ia merupakan satu kenangan yang belum tentu berulang buat kita atau keluarga. Plus, Cetak dan Framekan.
    "Rintangan Wajib Di Trek" : Image By 'theFLAME 2011 © 
    "Elly Kayuh… Ly Kayuh" : Image By 'theFLAME 2011 ©
    Itulah satu perancangan yang saya lakukan satu ketika dahulu, semasa mula-mula terlibat dengan aktiviti berbasikal lasak. Bermula dengan keinginan Elly yang nak turunkan berat badan dan hari ini menjadi aktiviti Riadah Keluarga wajib secara mingguan. Ianya merupakan resipi kehidupan keluarga saya untuk terus bekerjasama dalam menghadapi rintangan kehidupan.

    Hari ini, pelaburan peralatan pun dah bertambah. Namun, kepuasan dapat dikecapi bersama demi sebuah keluarga yang saya idam-idamkan. Terima kasih Elly, Aina Yasmin (12 Tahun), Emran Hakim (10 Tahun), Emran Haziq (4 Tahun) dan Ariyana Yasmin ( 4 ke 5 tahun yang akan datang ).

    Terima kasih kepada pembaca. Tips ini adalah khas saya kongsikan untuk semua.

    p/s : Selamat membaca….. sudi-sudi komen untuk membina ilmu kita bersama. Salam dari saya… buat semua.

    The PhotoBlogger

    Tips Merancang Cuti Anda ( Cuti Hujung Minggu dan Cuti Kelepasan Am Jangka Pendek)

    'theFLAME : The PhotoBlogger : Image By Elly Salleh - 2011©

    Negara ini dilumrahkan cuti yang pelbagai. Cuti Sabtu, Cuti Ahad, Cuti Peristiwa, Cuti Hari Raya Korban, Cuti Hari Raya Puasa, Cuti Tahun Baru, cuti itu dan cuti ini yang rasanya tak terbilang dengan jari.

    Namun, terfikirkah kita untuk menghalusi penggunaannya?
    -----o0o-----
    Mencanang erti percutian, saya terfikir tentang apa yang saya lakukan setiap penghujung minggu (Hari Sabtu dan Ahad) dan cuti-cuti am se 'Malaysia'.
    Cuti-cuti Penghujung Minggu (Sabtu).
    Kebiasaannya,
    • 7:00 pagi - 9:30 pagi : (Beriadah) berbasikal dengan anak kedua dan isteri saya Elly Salleh paling kurang pun 20 km merentasi hutan, bukit, jalan-jalan berpasir, batu-batu, akar-akar kayu yang kadang kala basah, lopak, jalan becak dan berlumpur serta sungai-sungai kecil.
    • 9.35 pagi - 10:30 pagi : (Selepas Mandi) saya bersarapan bersama keluarga di Anjung Keluarga sambil menghirup udara segar hutan Guthrie.
    • 10:40 pagi - 11:00 pagi : Bersiap ke Pejabat Pelanggan (Kalau ada panggilan kerja sambilan yang perlu disiapkan, kalau tak ada saya lebih suka melayan kerenah sikecil yang banyak cakap sambil melayani cerita terkini kartun kegemaranya biasalah "Naruto : Shippuden" sampai tengah hari.)
    • 11:00 pagi - 11:30 tgh : Perjalanan ke Pejabat Pelanggan (yang berada di sekitar Shah Alam, Kelang, Puchong dan Kuala Lumpur).
    • 11:30 tgh - 2:00 ptg : Menyiapkan kerja-kerja Pelanggan untuk jangka masa 2 jam. (Kena siapkan cepat, jangan banyak cakap sangat, pasal masa itu duit. Panjang Masa nanti rugi. Yang PENTING : Jangan Lupa Solat dan Makan Tengah Hari) 
    • 2.00 ptg - 3:30 ptg : Masa Tambahan, sekiranya diperlukan oleh Pelanggan. (Duit tu, elok juga kalau amik. Plus sapa nak bagi kan!!!!!!).
    • 3:30 ptg - 4:30 ptg : Masa ni, saya lebih suka balik jerk ke rumah dari pejabat Pelanggan.
    • 4:30 ptg - 6:30 ptg : (Lepas Solat dan Ngeteh) Layan "Freeride" kat bukit di hujung perumahan tempat saya tinggal. Biasanya, bawa Emran Hakim (anak kedua), sambil tunjuk dan ajar teknik-teknik tertentu bagi dia mudah melayan sukan lasak ni suatu hari nanti.
    • 6:35 ptg - 7:30 mlm : Bersihkan basikal, Mandi, Solat dan Makan Malam bersama keluarga.
    • 7:35 mlm - 8:00 mlm : Layan kerenah keluarga dan merancang hari esok.
    • 8:00 mlm - 10:00 mlm : Layan MAC dan Internet. (Dalam My Work Space : Photo Editing dan Blogging).
    • 10:00 mlm - 12:00 mlm : Layan cerita TV kalau ada cerita-cerita menarik.
    • 12:05 mlm hingga esok : masa untuk tidur dan rehat. 
    (Kalau tiada panggilan Pelanggan) 
    • 2:00 ptg - 4:30 ptg : (Lepas Makan Tengahari dan Solat) Hantar dan temankan anak-anak ke Latihan Seni Bela Diri.
    • 4:30 ptg dan seterusnya : adalah seperti biasa mengikut jadual harian. 
    -----o0o-----
    Cuti-cuti Penghujung Minggu (Ahad).
    Bagi Cuti Hari Ahad, saya lebih suka :-
    • 7:30 pagi - 8:30 pagi : Bersarapan bersama keluarga di Warung Kegemaran Ramai, Warung Pak Shariff, Kg Melayu Seri Kundang, Ke Pasar Tani (Itu untuk isteri sayalah dengan Bibik dan Anak-anak), saya pulak layan kamera merentasi Pasar Tani mencari sentuhan-sentuhan cabuk untuk kepuasan diri. (Al maklumlah saya, bukannya hebat banget macam nama-nama terkenal kawan-kawan saya)
    • 8:35 pagi - 10:30 pagi : Kemas my work space. (Kawasan Larangan Untuk Orang Luar.  Di sininlah segalanya, studio kecik, office, dan perpustakaan rumah. Kawasan ni adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK.  Okey.) Atau, Bersihkan/Kemaskan Rumah.
    • 10:40 pagi - 4:00 ptg : Jalan-Jalan Cari Pasal (Window Shopping) bersama keluarga. (Kat Selangor dan Kualau Lumpur ni banyak tempat nak dituju.  Dan kadang-kala sampai keluar Kuala Lumpur dan Selangor daaaaaaaa.) Kalau awal bulan, masa ni saya suka beli barang dapor dan keperluan.
    • 4:00 ptg - 5:30 ptg : My favorite hour untuk balik jerk ke rumah dari apa-apa aktiviti.
    • 5:30 ptg - 7:00 mlm : Ngeteh bersama keluarga, Cuci (selepas isi minyak) Kereta yang 2 tu (Cuci dan Vacum sekali) dan servis basikal (Bagi minyak sikit dan bersihkan kotoran, almaklumlah next week kena pakai lagi).
    • 7:00 mlm - 7:30 mlm : Mandi, Solat dan Makan Malam bersama keluarga.
    • 7:35 mlm - 8:00 mlm : Layan kerenah keluarga dan merancang kerja-kerja untuk minggu berikutnya.
    • 8:00 mlm - 10:00 mlm : Layan MAC dan Internet. (Dalam My Work Space.)
    • 10:00 mlm - 12:00 mlm : Layan cerita TV kalau ada cerita-cerita menarik.
    • 12:05 mlm hingga 5:30 pagi : Masa untuk rehat dan perlu tidur.
    (Kalau ada Panggilan Untuk Event/Riadah Berkumpulan)
    • 7:30 pagi - 8:30 pagi : Akan bertolak ke destinasi pertemuan selepas Sarapan Pagi Ringkas bersama keluarga.
    • 8:40 pagi - 9:00 pagi : Senaman ringan sebelum aktiviti.
    • 9:00 pagi - 1:30 ptg : Aktiviti Kumpulan
    • 1:30 ptg - 2:00 ptg : Balik ke rumah, Mandi, Solat dan Makan tengahari.
    • 2:00 ptg - 4:00 ptg : Rehat (Kalau tak ada program permintaan isteri dan anak-anak, kalau ada temankan la…. biar isteri drive.)
    • 4:00 ptg - 5:30 ptg : Waktu WAJIB balik rumah.
    • 5:30 ptg dan seterusnya : Adalah mengikut jadual seperti biasa.
     -----o0o-----

    Framing Some Moment : "Jalan-Jalan Cari Pasal" : Image By 'theFLAME - 2011© 
    Framing Some Moment : "Jalan-Jalan Cari Pasal" : Image By 'theFLAME - 2011©
    Cuti-cuti Kelepasan Am.
    Cuti-cuti Kelepasan Am saya, biasanya seperti berikut :-
    • 7:30 pagi - 8:30 pagi : Bersarapan bersama keluarga di Anjung Keluarga sahaja.
    • 8:35 pagi - 10:30 pagi : Syok bertukang (dah abah kaki bertukang, jadi saya pun terikut-ikut juga) dan kadang-kadang layan pokok bunga depan rumah.  Terutamanya bila rumput carpet dah panjang kena trim sikit.
    • 10:40 pagi - 4:00 ptg : Jalan-Jalan Cari Pasal (Window Shopping) bersama keluarga, kalau tak ada perancangan lain. (Biasanya budak-budak ajak gi berenang kat kolam berbayar.)
    • 4:00 ptg - 5:30 ptg : Seperti biasa masa ni my favorite hour untuk balik jerk ke rumah dari apa-apa aktiviti.
    • 5:30 ptg - 6:00 mlm : Wajib ngeteh bersama keluarga.
    • 6:00 mlm - 7:30 mlm : Rehat-rehat, Mandi, Solat dan Makan Malam bersama keluarga.
    • 7:35 mlm - 8:00 mlm : Layan kerenah keluarga dan merancang kerja-kerja untuk minggu berikutnya.
    • 8:00 mlm - 10:00 mlm : Layan MAC dan Internet. (Dalam My Work Space.)
    • 10:00 mlm - 12:00 mlm : Layan cerita TV kalau ada cerita-cerita menarik.
    • 12:05 mlm hingga 5:30 pagi : Masa untuk rehat dan perlu tidur.
    (Nota: Hari Cuti Kelepasan Am : saya suka melayan keluarga daripada aktiviti luar dan berkumpulan.)
    Framing Some Moment : "Jalan-Jalan Cari Pasal" Image By 'theFLAME - 2011©
    Framing Some Moment : "Jalan-Jalan Cari Pasal" : Image By 'theFLAME - 2011©
    Framing Some Moment : "Jalan-Jalan Cari Pasal" : Image By 'theFLAME - 2011©

    Bagaimana saya mengaturnya :-

    1. Berbekalkan sekeping kertas/laptop di awal tahun saya akan mengatur segala perancangan keluarga dan kewangan tahun yang akan saya hadapi.
    2. Saya akan membuat pilihan sama ada ingin mendahulukan keluarga, kawan-kawan ataupun pelanggan dengan prioriti Keluarga (50%), Rakan-rakan (25%) dan Pelanggan (25%).
    3. Dalam membuat / mengatur perancangan kehidupan sosial kita hendaklah dimasukan sekali.
    4. Pengurusan Bajet bagi aktiviti-aktiviti hendaklah tidak dilupakan.  Contohnya : Kalau aktiviti Berbasikal dan Lasak saya akan letakkan sedikit bajet untuk Minyak, Toll, Makan-minum, Parking dan Deposit Masuk Pusat Riadah (sekiranya berbayar).  Begitu juga halnya, kalau aktiviti keluarga seperti "Window Shopping." Perjalanan bajet saya lebih kepada makan tengahari, dan minuman-minuman sahaja (tak membeli pun.)
    5. Segalanya akan saya catat di kelendar harian dan dimasukkan di dalam kelendar bulanan dan tahunan untuk digunapakai bagi tahun berikutnya.
    6. Kalau ada perancangan nak dimasukan saya lebih suka ditulis dipapan putih di dapor (Notis board) supaya tak hilang dari ingatan.  Kadang-kala semasa memandu, atau melakukan aktiviti terlintas difikiran untuk sesuatu aktiviti keluarga atau pejabat, dan ianya akan saya tulis di Note Pad untuk menjadi ingatan buat saya. (Sebab tu dalam kereta pun ada Note Pad dan Pensil, selain dari untuk mencatat nombor-nombor telefon. heheheheheheh).
    7. Amalkan dan Patuhi masa yang kita telah framekan.  Siapa lagi nak patuh pun selain dari kita. Tanamkan sifat, patuh kepada jadual sendiri.  Untuk memperkemaskan diri, banyakkan pembacaan serta mencari atau membandingkan dengan jadual orang lain.  

    Perancangan ini saya telah amalkan selama lebih kurang 7 tahun, semenjak bekerja di salah sebuah syarikat swasta.  Walau bagaimanapun ianya berubah dari masa ke semasa, mengikut peredaran masa, kewangan dan lokasi.  Alhamdulilah…. dah hampir khatam juga Malaysia ni jadinya.  Malah ramai juga taulan yang saya kenali.  Terima kasih buat keluarga kerana sentiasa mematuhinya.

    Sengaja saya kongsikan "Bagaimana pengurusan Cuti Saya, sebagai seorang Bapa kepada 4 orang anak dan sebuah keluarga, seorang Akauntan Berdaftar, Jurufoto Picisan, Penasihat Kewangan dan Akaun Sambilan serta Peminat Aksi Berbasikal dan Aktiviti Lasak ?  Tak Lupa juga kaki layan muzik dalam studio kecik di Tingkat 3 rumah saya yang kecik ini."

    Selamat mencuba…… semoga berjaya.

    p/s : Apa pandangan anda pula? Saya rasa anda juga mempunyai perancangan tersendiri yang lebih hebat dari saya.  Komen membina anda adalah terbaik dari saya.  (Untuk Resulosi Gambar yang baik sila ke flickr saya). Salam dan Hormat dari saya.

    'theFLAME
    The PhotoBlogger.


    Saturday, April 30, 2011

    the holistic blaze of HSB


    "the holistic blaze of HSB." Payah nak fikir tajuk gambar ni.

    Gambar ini diambil sebelum hujan lebat pada 27 Apr 2011 di tengah-tengah laman/taman Hospital Sg Buloh (Taman Depan Forensik).

    Susah nak amik gambar kat sini, kecuali kalau betul-betul berpeluang. Apa taknya, Pegawai Keselamatan berkeliaran di mana-mana sahaja. Malah kakitangan hanya mampu menatapinya, tetapi tidak boleh melakukan rakaman "frame" walaupun dengan masa yang sekejab.

    Kebetulan, masa ni pegawai keselamatan entah ke mana, saya terus "shoot" (tanpa lepaskan peluang). Akibat dah geram susah nak dapat.

    Pernah sekali, saya kena bagi amaran kerana mengambil gambar cahaya suram di Hospital Sg Buloh (Tak sempat amik pun). Tapi itu la kawalan demi keselamatan warganya. 

    Oh ya!!!!!!!!!!!! rakaman dan  "frame" saya tidak lah sehebat sahabat-sahabat saya seperti Wazari Wazir, Yaman Ibrahim, Encik Ct aka Chot Touch, Azman Jumaat, Redzuanzone, Amir KMC dan ramai lain yang hebat-hebat.
    Peralatan :-
    1. Kamera : Nikon DSLR D3s
    2. Lens : Nikon AF-S Micro Nikkor 60mm f/2.8 ED
    "Setting" :-
    1. Mode : All Manual
    2. ISO : L1.0 (100)
    3. Focal Length : 60 mm
    4. Exposure Compensation : 1 EV
    5. Aperture : f/2.8
    6. Shutter Speed : 1/100
    7. Shooting : RAW
    8. White Balance : Auto
    p/s : sukar nak dinyatakan 'FEEL' saya masa ni, apa taknya, sekian lama peluang kali ini baru kukecapi. Nak amik gambar bangunan pun susah. Berkunjunglah ke flickr saya untuk rakaman-rakaman menarik lain.  Salam

    p/s 2 : rasanya saya tak kisah orang nak komen berkaitan dengan 'caption' ini. Terbuka buat semua.

    The PhotoBlogger

    Saturday, April 23, 2011

    Melakar Kenangan 2011 : Bukan Pasal Kereta, Tapi Persahabatan


    "Melakar Kenangan 2011" rasanya tajuk sesuai sentuhan-sentuhan lensa ini.

    Tidak banyak yang boleh diceritakan, cuma gembira dan agak sedikit gementar sahaja dalam menandatangani Perjanjian Sewa Beli. Takpe lah….. tak yah cerita panjang pasal tu, semua orang akan melaluinya. 

    ---o0o---

    Framing Some Moment 2011 a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
    Cuma sekembali dari urusan tandatangan tadi baru perasan, bahawa dunia ini sempit dan kecil sahaja. Orang yang datang untuk temujanji Perjanjian Sewa Beli (dengan isterinya tu), adalah kawan semasa di ITMCS. 

    Pertemuan ini tampak lebih mesra (pasal dah memang kenal). Nak-nak pula wife pegawai bank tu pun ada sekali, yang juga rakan sekampus. Kecilnya dunia. 

    Selang seli gelak tawa, dan sembang-sembang ringkas perkenalan semula, bermula kembali.  Tidak terhenti disitu, maka bermulalah rantaian persahabatan yang telah lama terputus.

    Lakaran ini cukup dijadikan kenangan, kerana sahabat bank (Affin BANK Berhad) tu suami isteri, jurujual yang hadir bersama semasa tandatangan, isteriku, dan akauntan (bagi pihak pengarah, Pantai Bharu Holding Sdn Bhd (Kelang)) merupakan sahabat lamaku di kampus ITM.

    Kecilnya dunia bukan? Itulah dunia. 

    p/s ; susah juga nak jumpa sekali, terutama rakan lama yang berbeza profession kecuali "reunion".

    ThePhotoBlogger
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...