Malaysia Web Hosting
Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Tips Beli Cenderahati Percutian

"Suka bercuti tak?"
"Mestila….. Tipulah kalau kita katakan kita tak suka. Bayangkan ada orang sanggup ambil cuti sakit (kalau cuti tahunan tak lulus) semata-mata untuk bercuti bersama keluarga."
Tergelak saya mendengar jawapan itu, dari mulut isteri kesayangan saya Elly Salleh. Namun, apa yang membuat ianya abadi selain dari sekeping gambar (yang tidak dicetakkan pun.)

Untuk dikongsikan, saya 'post'kan berikut, sedikit "Tips-tips Pembelian Cenderahati Percutian" untuk kegunaan bersama.

Tips Pembelian Cenderahati Semasa Percutian

Bagi setiap percutian saya di mana sahaja, saya akan membeli cenderahati untuk peribadi dan kawan-kawan sesuatu yang  :-
1.  Ringkas tapi penuh bermakna.
  • Contohnya, "Hiasan Bermagnet untuk peti sejuk." Kenapa ? Ianya cukup mudah didapati di Pasar-pasar budaya di sesuatu tempat di lawat.
2.  Ringan dan tidak membebankan untuk membawanya kembali.
  • Berat sesuatu cenderahati merupakan perkara penting.  Kita tidak akan menambah beban atau berat beg untuk sesuatu percutian, bukan.  Pengantung kunci, Hiasan Bermagnet dan Penanda Buku, tidaklah menambah berat beg kita.  cenderahati yang berat juga akan menyukarkan pergerakan kita ke destinasi-destinasi yang seterusnya. (sekiranya ada destinasi kedua dan ketiga.)
3.  Kosnya tidaklah membebankan.
  • Dalam setiap perjalanan, kos perjalanan merupakan sesuatu yang perlu dijaga.  Pembelian cenderahati yang mahal akan mengundang pembaziran yang berlebihan buat kita.  Malah, poket boleh kosong bila kita berjumpa sesuatu yang lebih bermakna untuk simpanan kita.  
4.  Tidak boleh didapati ditempat lain.
  • Barangan seperti Sumpit dan Tombak Kayu, meskipun terdapat di mana-mana, tapi hasilan tangan pribuminya sukar didapati pada harga yang berpatutan.  Belilah semasa kita berada ditempat dilawati.  Contoh yang terbaik ialah, Tombak Kayu juga sebagai Sumpit di Sarawak, kosnya agak tinggi berbanding ketika saya membelinya di Bandar Sibu, Sarawak.  Kualitinya juga berbeza.
  • Saya juga pernah membeli Seruling di Kapit yang terdapat Ukiran-ukiran Seni Sarawak padanya. Tak tahulah pulak, sama ada ianya kraftangan Kapit.  Apa yang penting itu, merupakan tanda, bahawa saya pernah ke sini.
5.  Menunjukkan kebudayaan tempat dilawati (hasil tangan adalah yang terbaik).
  • Semasa balik ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, Elly beriya-iya sanyat nak beli tudung saju besar. Ianya saya tidak persetujui kerana kesukaran untuk menjamin keselamatan semasa membawanya.  Seorang kawan telah membelinya.  Saya hanya mencadangkan untuk Elly membeli Tudung Saji Bersaiz Kecil sebanyak 3 buah. Hari ini ianya masih tergantung di dinding rumah, tersusun cantik.  Manakala, tudung saji kawan saya, dah rosak kerana semasa perjalanan balik ianya koyak kerana terlanggar sesuatu yang tidak disengajakan oleh orang lain.
6.  Tidak Melanggar Etika Budaya Sendiri dan Tidak Mengganggu Sensitiviti.
  • Bagi orang Islam, patung tidak dibolehkan untuk disimpan dirumah bukan.  Jadi janganlah beli patung-patung, lain dipandang mata.  Budaya ini, masih digunapakai sehingga ke hari ini.  Topeng-topeng mengerikan juga saya tidak berani membelinya, kerana sensitiviti agama.  Especially, bila kita mempunyai ramai kawan yang sensitif berkaitan perkara ini.
7.  (Untuk Peribadi) Kraftangan yang menunjukkan kehadiran kita di tempat dilawati. (Seperti gambar di atas.)
  • Saya paling suka kraftangan sebegini.  Kraftangan sebegini akan tertulis nama, dan tempat kita lawati.  (Dan jangan lupa mengabadikannya dalam bentuk portriat.)
8.  Ada masanya, saya akan membeli buku berkaitan lokasi-lokasi pelancongan atau peta-peta tempat saya lawati.  (Ini kerana ianya akan sentiasa berubah dari masa ke semasa.)

Okey kan?  Nilaikanlah untuk kegunaan lawatan anda.  Untuk, pengetahuan semua, saya tak suka untuk membeli makanan, kerana ianya memerlukan proses rumit, seperti pembungkusan.  (Lebih kilo….. alamatnya, kena caj la, lebih saiz banyak la kerenahnya.)  Gunakanlah tips ini, untuk lawatan serta percutian anda.  

Selamat melancong… Selamat bercuti.  Cuti-cuti Malaysia, segalanya ada di sana.

p/s : Kalau anda mempunyai cara pembelian sendiri, gunakanlah okey. Tapi bagi saya, tips ini merupakan tips penting untuk saya semasa bercuti. Apa tak, itulah sebagai tanda bahawa kita pernah ke sana, kan! Salam berjumpa kembali dilain 'post'.  Wassalam dari saya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Tuesday, June 14, 2011

Tips "The Family Travelog"

Sayang Kinabalu 2011- D3s 3003 by 'theFLAMEs' SNAP Galleries
Sayang Kinabalu 2011- D3s 3003 Foto-foto oleh 'theFLAME melalui Flickr.

Mmmmm!!!!!! Rasanya tak puas kalau asyik dok tunjuk gambar-gambar "The Family Travelog Diary" ni sahaja buat tatapan para "blogger".

Semalam sahaja, saya menerima banyak panggilan, pesan, e-mail, malah YM yang asyik bertanya pelbagai soalan-soalan berikut :-
  1. "Best" ke bercuti, balik Sabah?
  2. Wow!!!! Gambar "best-best"lah, boleh cerita pasal percutian?
  3. Berapa "henget" abis?
  4. Mahal ke "trip", yang dikecapi keluarga?
  5. Gambar lawa-lawa la… bagi tips "shooting"?
  6. dan banyak lagi.
    Tidak kurang juga ada menghantar pesanan "Congrats for the trips" dan "Nice Shot"

    Buat kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas, kepuasannya terletak pada wajah-wajah ceria pada setiap sentuhan yang saya "upload"kan di dalam blog, facebook, twitter dan flickr saya.

    Manakala, persoalan berkaitan perancangan akan terjawab dengan membaca serba sedikit dengan membaca coretan perjalanan, percutian dan tips saya di dalam blog ini.

    Okeylah…. panjang dan banyak sangat cerita yang melalut menjadikan ceritera percutian ini tidk kemana.

    Ringkasnya, biar saya ceritakan sedikit tips-tips percutian ke Sabah Keluarga kali ini bermula dengan percutian Keluarga di Pekan Kundasang - "Hot Spring" Poring,Ranau - Kinabalu Park.

    Tips Percutian Ke Pekan Kundasang, Kinabalu Park dan Sekitar Ranau Sahaja.
    Kenderaan 
    1. Untuk percutian sebegini, gunakan kenderaan yang sentiasa berkeadaan baik dan prestasi enjin yang berkeadaan baik. 
    2. Pilihlah kenderaan yang mempunyai kuasa pacuan yang baik untuk ke destinasi perjalanan percutian.  Antara yang terbaik ialah kenderaan pacuan 4 roda berkuasa 2.5 cc.  
    3. Bagi Percutian Kami, Kos Sewaan Kenderaan adalah RM0/- (Pinjam Kereta Waja 1.6cc kepunyaan adik.) 
    Minyak (Bahan Bakar Kenderaan)
    1. Untuk perjalanan yang lebih selesa dan tanpa halangan, PASTIKAN MINYAK DI ISI SEPENUHNYA. 
    2. Pengalaman kami, semasa trip percutian (baru-baru ini), semua stesyen kehabisan minyak petrol kecuali diesel. Kesemua stesyen minyak di Ranau kehabisan bahan bakar petrol.  Nasib baik, tangki kenderaan kami telah diisi sepenuhnya dari Kota Kinabalu lagi.  (Di Pekan Kundasang ada Stesyen Shell sahaja, tapi kalau tak perasan pasti tak jumpa punya.)
    3. Kos Minyak hanya RM120 Sahaja (full tank sahaja).  Kos ni untuk perjalanan Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau-Kundasang-Ranau-Poring-Kundasang-Kinabalu Park- Kota Kinabalu-Beaufort.
    Penginapan
    1. Percutian ke tempat sebegini tidak memerlukan hotel bertaraf 5 bintang.
    2. Pilihlah lokasi penginapan bagi keluarga, saya cadangkan Pekan Kundasang untuk semua destinasi percutian.  Jangan mendengar iklan mulut semata-mata.  (Untuk pengetahuan semua, Pekan Ranau mempunyai cuaca yang agak panas sedikit dari Pekan Kundasang.)
    3. Pilihlah penginapan yang mempunyai Water Heater sahaja.  Di sini agak sejuk dan sukar nak mandi kalau tanpa kemudahannya.  Penyaman Udara dan Kipas Angin tidak diperlukan di sini.  Kalau nak sangat, pasti beku punya. Hahahahahahaha.
    4. Pemilihan penginapan yang berhampiran dengan kemudahan gerai makanan halal (buat yang beragama Islam). Sebagai maklumat tambahan, Pekan ini didiami oleh 90% penganut beragama Islam.  Jadi tidaklah sukar untuk mendapatkan makanan HALAL.
    5. Kos Penginapan kami hanya RM60/- semalam sahaja (Untuk 3 hari hanya RM180/- sahaja).
    Makanan
    1. Seperti saya katakan tadi, tiada kesukaran untuk mendapatkan makanan HALAL di Pekan Kundasang, kerana majoriti penduduknya beragama Islam. (Hanya untuk Pekan Kundasang sahaja yerk.)
    2. Makan tu ala kadar la sebagai pengunjung yerk.  Jangan la cari yang mahal-mahal. Di Pekan Kundasang ni favorite nya ialah Kepak Ayam Pekan Kundasang.  Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Ulam-ulam adalah segar. 
    3. Kos Makanan : Bergantung kepada perbelanjaan sendiri.  Kami meletakkan perbelanjaan makanan sehari sebanyak RM10/- hingga RM15/- seorang. (Lebihan perbelanjaan makanan digunakan untuk pembelian ole-ole percutian) 
    Pakaian 
         Sediakan 
    1. Sepasang Pakaian Tebal / Jaket
    2. Stokin Untuk Tidur Malam
    Lain-lain Peralatan
    1. Lampu Picit…..
    2. Kamera untuk gambar kenangan disana nanti.
    3. Bateri lampu, Bateri Kamera
    4. Komputer Laptop dan Broadband (Internet sememangnya clear di sini) 
    Tempat-tempat menarik di Pekan Kundasang
    1. Pekan Kundasang
    2. Pasar Tani Pekan Kundasang
    3. Desa Cattle Farm
    4. Kundasang War Memorial
    5. Kinabalu Park hingga ke Timpohon (Tempat Mula Mendaki) & Air Terjun Timpohon.
    Tempat-tempat menarik di sekitar Ranau
    1. Hot Spring Poring, Ranau
    2. Sabah Tea Farm, Luanti
    Rasanya itulah serba sedikit Tips Percutian "The Family Travelog Diary" kami buat panduan bersama untuk semua.

    Selamat bercuti….. Hanya Di Sabah Di Bawah Bayu.

    Rasanya lagu ni tidak akan kami sekeluarga semasa di Pekan Kundasang.


    p/s : Lihat Kinabalu, Hati Saya Rindu. Naik Kinabalu, Hati Saya Rindu.  Sayang Kinabalu.

    'theFLAME
    ThePhotoBlogger.

    Diari Percutian Keluarga 2011 (The Family Travelog Diary) : 28 Mei ~ 12 Jun 2011

    The Cover of "The Family Travelog Diary" by 'theFLAMEs' SNAP Galleries
    "The Family Travelog Diary" Gambar-gambar oleh 'theFLAME di Flickr.
    Perasaan rindu pada tanah tumpah darah sendiri, sentiasa mengamit rasa untuk kembali ke negeri tercinta. Apa tidaknya, di sinilah lahirnya seorang Akauntan, seorang Suami buat Isteri tercinta, seorang Ayah buat 2 Hero dan 2 Heroin (Bilang orang Sabah… Staring), seorang jurufoto (yer kah!!!!!), seorang blogger (betul ker tu.) dan seorang "Sweet Talker" bilang Elly.

    Apa yang ingin dikongsikan bersama adalah pengalaman, kegirangan, kegembiraan serta keseronokan keluarga bersama semasa percutian.

    Bagaimana…? Bacalah tips-tips sebelum ni dan tips-tips akan datang untuk mengecapi percutian terbaik anda.

    "Post" kali ini agak terlambat saya keluarkan kerana masalah komunikasi internet yang teramatlah teruk (tak nak komen banyak… bak kata Nabil "Lu fikir la sendiri." disamping melayan kerenah keluarga yang riuh rendah semasa bercuti.

    Cukup mengembirakan, terutamanya, bila dapat melihat senyum tawa Elly, gelak tawa kedua-dua "Emran" yang asyik kutuk mengutuk antara satu sama lain dan kerenah kedua-dua "Yasmin" yang asyik dok mengamuk membuat kami lebih slow and steady.

    Hahahahahahah…. seronoknya bercuti. Apa yang penting keluarga sentiasa di sisi mencuit, mengores, mengamuk dan meng"apa-apa" saja diri ini.

    By the way…. lagu ni adalah tema percutian kami tahun 2011 di Sabah….. Have some music guys….


    Salam bertemu kembali setelah lama tidak ke udara buat pembaca semua.

    p/s : untuk gambar-gambar menarik klik flickr saya… okey.

    'theFLAME
    ThePhotoBlogger
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...