Malaysia Web Hosting
Showing posts with label Hospital Sg Buloh. Show all posts
Showing posts with label Hospital Sg Buloh. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Dah Kawin Kena La Pandai Urus, Betul Tak? (Tips Bayaran Caj Rawatan Hospital Kerajaan Malaysia)

Kebosanan saya melayan kerenah kerja yang agak bertimbun di pejabat, saya bersantai di luar Kaunter Bayaran sambil memerhatikan kerenah pesakit pula.  
"Buat kerja kat luar lagi "best" kot ?" kata hati saya.
Saya membawa kerja-kerja saya keluar untuk memastikan ianya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
"Assalamualaikum.... Tuan" seorang Pak Sheikh menegur saya. 
"Tuan, tolong saya... mana nak cari duit sebanyak ini, RM4,+++.++ untuk bayaran bil.   Saya tiada pekerjaan tetap dan menyara anak seramai 16 orang.  Sayakan orang Malaysia, di bawah perlembagaan layak mendapat subsidi bayaran penuh." sambungnya sebelum saya sempat menjawab salam.
"Bukankah apabila seseorang warga asing berkahwin dengan warga negara Malaysia ianya secara langsung menjadikannya warga negara Malaysia.  Contohnya, isteri kedua saya - yang saya nikahi di negara jiran di sebelah utara negara kita." sambungnya lagi
"Okey..... Saya cuba bantu, tuan dengan kemampuan saya. Bawa bertenang." balas saya selepas salamnya terjawap.
---o0o---

Dari perbincangan yang agak lama, fahamlah saya akan isu yang dibangkitkan.
Kes :
  • Suami pesakit mempersoalkan caj yang dikenakan kepadanya pada harga bukan warga negara, atas alasan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di dalam Malaysia.    
  • Suami mempersoalkan bahawa, isteri pertama dan kedua beliau semasa mendapat rawatan sebelumnya dicaj pada harga maksima caj RM 500/- sahaja bagi kelahiran pertama dan seterusnya. 
  • Adakah terdapat alternatif bayaran berkaitan isu beliau ?

Sedih juga untuk menjawap persoalan ini, namun perundangan dan akta telah menetapkan segalanya.
Keputusan (yang saya ambil adalah) :-
  • Caj : Bukan Warga Negara Malaysia dan tetap pada RM4,+++.++ 
  • Alasan : Pesakit merupakan bukan warga negara selagi tidak disahkan kedudukannya oleh badan-badan yang dilantik seperti Jabatan Agama Islam Negeri ataupun Majlis Agama Islam Negeri. 
  • Dokumen Penting : Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan (Yang disahkan oleh badan-badan berkaitan di sesebuah negeri bagi mengesahkan taraf perkahwinan.) 
  • Alternatif Bayaran : Secara Ansuran Bulanan.  
  • Rujukan : Para 2. (2.1 (iii)) Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Bilangan 3 Tahun 2003 telah menggariskan berkaitan Panduan Perlaksanaan Perintah Fi ( Perubatan ) Pindaan 2003 - Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing.
"Bagi kes isteri kedua tuan, dibuktikan di dalam rekod pihak kami telah didaftarkan di salah sebuah jabatan agama negeri, jadi bayarannya adalah pada caj warga negara. Yang ketiga terpaksa kami cajkan dibawah caj bukan warga asing, kerana perkahwinan tidak sahkan kedudukannya oleh badan-badan yang berkaitan. " jelas saya ringkas.
"Masyallah..... ini tidak adil bagi kami yang kurang berkemampuan.  Saya miskin dan tidak mempunyai pekerjaan tetap." jawab Pak Sheikh. 
"Kurang kemampuan???????" saya menjawapnya dengan satu senyuman yang saya rasa andapun memahaminya.
@2012 theFlames Goes Shooting

p/s : fikir-fikirkan.... mampu atau tidak. Apa komen anda?

Wednesday, June 22, 2011

Tak Semestinya PERCUMA : Caj Pesakit Penyakit Berjangkit

Tahukah anda "Tidak semua rawatan untuk Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA."
----o0o----
Menjalankan amanah tugas di sebuah Hospital Pakar Berteknologi dan Berinformasi, membuatkan saya sentiasa berhati-hati.  "Ini kerana semua kakitangannya menggunakan Teknologi Berinformasi dalam mendapatkan garis panduan menjalankan amanah tugas." Rasanya la.  Kalau tidak tidaklah terjadi senario-senario seperti yang saya akan bincangkan di bawah.  Takpelah… semoga mereka mendalami lagi ilmu-ilmu pembayaran, bukan hanya lebih kepada perubatan yerk.

Jata Negara Foto Oleh 'theFLAME
Saya suka berkongsi Senario berikut kepada umum (tak salah pun, tapi untuk menambah ilmu kita tentang tatacara bayaran di hospital-hospital kerajaan.) :-
Senario 1. Seorang jururawat memaklumkan bahawa semua rawatan Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA kepada seorang pesakit.  Walhal si pesakit mendapat rawatan hospitalnya adalah berkaitan tulang sahaja.  Kesannya, pesakit bermati-matian tidak ingin membayar caj yang dikenakan, malahan enggan sama sekali membayar caj pendaftaran klinik-klinik pakarnya.
Senario 2.  Seorang pesakit penyakit berjangkit enggan membayar caj rawatanya, meskipun menduduki wad kelas ke 2 atas permintaan pesakit.  Punca, beliau dimaklumkan bahawa semua Caj Pesakit Berjangkit adalah PERCUMA.
Menangani isu ini, menyebabkan kerja harian saya sebagai seorang Ketua Bahagian banyak yang terbengkalai.  Apa tidaknya, kita terpaksa turun padang dalam menangani isu-isu yang agak remeh namun, terlalu ramai yang memperlekehkannya.

Jawapan Untuk Senario 1.
Pesakit Penyakit Berjangkit merupakan,
" Orang yang mengidap penyakit berjangkit yang dimasukkan ke Wad Kelas Ke 3 atau Wad-Wad Pengasingan di"KECUALI"kan dari membayar apa-apa caj-caj.  Penyakit Berjangkit adalah penyakit-penyakit yang disenaraikan di dalam Jadual 24 jenis penyakit atau yang telah diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia."
Dari penjelasan ini, sebarang rawatan berkaitan dengan penyakit berjangkit sememang adalah PERCUMA.  Hanya rawatan BERKAITAN DENGAN PENYAKIT BERJANGKIT SAHAJA. Namun, rawatan-rawatan pesakit penyakit berkaitan rawatan Tulang / Orto adalah tidak berkaitan dengan Pekeliling ini.  Ianya akan dicajkan kepada pesakit, meskipun pesakit adalah pesakit penyakit berjangkit.  He he he he… Kerajaan bagi subsidi hanya untuk penyakit yang telah digazedkan PERCUMA.  Buat yang sesuka buat statement "FREE" tu… FREEZ yourself.
Jawapan Untuk Senario 2.
Paling saya suka reaksi pesakit ini, bila saya tunjukkan pekeliling berkaitan kenyataannya.  (Boleh saya katakan pesakit bijak ini melopong juga, mulut berbentuk '0' macam huruf KOSONG aka ROTI KOSONG jerk.)
Buat pesakit atau waris pesakit yang mempunyai keluarga mengidap penyakit berjangkit, please be informed that "Pesakit yang menduduki Wad Kelas 1 atau 2 atas permintaan SENDIRI atau KELUARGA PESAKIT dan menghidapi penyakit berjangkit (Refer Jadual H, Akta Fi) atau penyakit berjangkit yang diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa TIDAK BOLEH MENDAPAT PENGECUALIAN PEMBAYARAN."
So, kenalah faham yer.. Tidak semuanya PERCUMA buat pesakit-pesakit penyakit berjangkit.
Okeylah… ngantuk juga memikirkan kengkadang kerenah warga pesakit.  Kadang kala kerja rutin harian pun tidak dapat diselesaikan.  Malah saya terpaksa masuk mesyuarat-mesyuarat berkaitan kewangan pun sentiasa lewat sahaja jadinya.  Bos, pula nasib baik memahaminya.  Terima kasih, Bos.  Sometime pesakit lebih 'mahir' lagi daripada saya tentang caj, sampai cerita subsidi kerajaan, kewajiban kerajaan, kakitangan awam tak tahu apa-apa dan banyak lagi.  Takpe lah cik, amanah kami tanggungjawab kami.

Perlu diingat, ubat yang dibayar oleh pesakit kosnya kadangkali 10 ke 20 kali ganda dari yuran pendaftaran yang dibayar oleh pesakit. (Yuran Pendaftaran hanya RM1(Rawatan Pesakit Luar) & RM5 (Bagi Rawatan Pakar), bayangkanlah kos ubatnya.)

Fikir-fikirkanlah, selamat beramal.

p/s : Best juga kerja di sebuah Hospital, boleh tengok pesakit, fahamkan pesakit, dan kadang kala terima 'Kata-kata MANIS' pesakit. Saya????? Alhamdulilah saya lebih suka senyum bila kena marah, itulah salah satu amanah harian untuk warga pesakit negara Malaysia.  Semoga mereka faham, dan blog ini satu daripada hadiahnya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Monday, June 20, 2011

Tips Bayaran Caj Rawatan Hospital Kerajaan Malaysia.

Semasa, membelek-belek koleksi gambar Percutian Ke Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd, Kundasang, Sabah melalui iPhone pagi tadi, saya dikejutkan dengan panggilan Kaunter Pendaftaran Pakar 1, Hospital.

'theFLAME Goes Shooting foto iPhone 4 oleh E'KiM 
'Fed up', bengang, geram dan 'hanya Allah swt sahaja yanga tahu' juga melayan kerenah warga pesakit hospital hari ini.  Tapi itulah, amanah negara buat kami Warga Awam dalam mengangkasakan amanah negara.

Kes 1.
Seorang suami Warga Negara menuntut pengurangan bayaran rawatan isterinya (bukan warga) yang bersalin di Hospital Malaysia, setelah mendapat pengesahan pernikahan oleh mahkamah selepas 3 bulan bersalin di negara ini.
Kes 2.
Seorang ibu (Bukan Warga Malaysia) berkahwin dengan Warga Malaysia berperang mulut dengan kakitangan kaunter kerana caj bayaran perubatan anaknya dicajkan Caj Bukan Warga Negara, setelah menunjukkan Sijil Kelahiran Negara Asing ( Bukan Negara Malaysia) sebagai bukti kelahiran.  Habis kecoh satu kaunter.

Keputusan Berkaitan Kes 1
Warga Negara menuntut pengurangan bayaran rawatan isteri (Bukan Warga Negara), setelah mendapatkan pengesahan mahkamah atau Majlis / Jabatan Agama Islam Tempatan selepas tarikh rawatan di hospital kerajaan.
  • Caj : Caj yang dikenakan adalah Caj Warga Asing (Bukan Warga Negara).
  • Alasan : Seseorang individu Bukan Warga Negara hanya disahkan mendapat keistimewaan Caj Warga Negara hanya setelah perkahwinannya disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri. (Tanpanya si suami atau si isteri akan dicajkan Caj Pembayaran Bukan Warga Negara. Walau dengan apa alasan sekalipun.  Ini kerana, dengan menunjukkan surat pengesahan asal ini sahaja segala keistimewaan dapat diberikan.)
  • Dokumen Penting : Surat Pengesahan Pernikahan / Surat Nikah Yang Didaftarkan Di Malaysia, Kad Pengenalan Pasangan, Buku Pasport. 
  • Rujukan : Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia & Akta Fi.
Keputusan Berkaitan Kes 2
Seorang Warga Negara berkahwin dengan Bukan Warga Negara dan melahirkan anak di Luar Negara.  Caj Pembayaran Bagi Si Anak adalah :-
  • Caj (Anak Bersekolah atau Belum Bersekolah) : Selagi si ibu atau si bapa tidak dapat menunjukkan "Borang W" atau apa-apa dokumentasi yang boleh menyokong kerakyatan anaknya sebagai Warga Negara, ianya akan dicaj dengan Caj Bayaran Bukan Warga Negara. (Meskipun si anak adalah anak seorang ibu Warga Negara atau seorang bapa Warga Negara ataupun kedua-duanya sekali.)  Surat Jaminan Sekolah Tidak Boleh Digunapakai dalam menyokong penama adalah Warga Negara.
  • Alasan : Setiap kelahiran anak Warga Negara di Luar Negara hendaklah dilaporkan serta didaftarkan ke Kedutaan Malaysia untuk mendapat pengesahan. Dan Borang W akan dikeluarkan bagi menyokong pengesahan kelahiran tersebut.
  • Dokumen Penting : "Borang W" (Salinan yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sekiranya tiada.) 
  • Rujukan : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (Kota Damansara).
Melayan kerenah Pesakit dan Waris Pesakit Warga Negara lebih susah daripada melayan kerenah Bukan Warga Negara.  Apa tidaknya, semua Pesakit dan Waris Warga Negara pakat dok hafal Perlembagaan Persekutuan sahaja, tanpa merujuk pada mana-mana Akta, Pekeliling dan Arahan-arahan yang telah dikeluarkan serta disediakan dari masa ke semasa. 

p/s : Nasib baik aku dapat 'Terbaik' dalam Pengajian Am semasa STPM dulu. Syukurrrrrr Alhamdulilah.

'theFLAME
ThePhotoBlogger. 

Saturday, April 30, 2011

the holistic blaze of HSB


"the holistic blaze of HSB." Payah nak fikir tajuk gambar ni.

Gambar ini diambil sebelum hujan lebat pada 27 Apr 2011 di tengah-tengah laman/taman Hospital Sg Buloh (Taman Depan Forensik).

Susah nak amik gambar kat sini, kecuali kalau betul-betul berpeluang. Apa taknya, Pegawai Keselamatan berkeliaran di mana-mana sahaja. Malah kakitangan hanya mampu menatapinya, tetapi tidak boleh melakukan rakaman "frame" walaupun dengan masa yang sekejab.

Kebetulan, masa ni pegawai keselamatan entah ke mana, saya terus "shoot" (tanpa lepaskan peluang). Akibat dah geram susah nak dapat.

Pernah sekali, saya kena bagi amaran kerana mengambil gambar cahaya suram di Hospital Sg Buloh (Tak sempat amik pun). Tapi itu la kawalan demi keselamatan warganya. 

Oh ya!!!!!!!!!!!! rakaman dan  "frame" saya tidak lah sehebat sahabat-sahabat saya seperti Wazari Wazir, Yaman Ibrahim, Encik Ct aka Chot Touch, Azman Jumaat, Redzuanzone, Amir KMC dan ramai lain yang hebat-hebat.
Peralatan :-
  1. Kamera : Nikon DSLR D3s
  2. Lens : Nikon AF-S Micro Nikkor 60mm f/2.8 ED
"Setting" :-
  1. Mode : All Manual
  2. ISO : L1.0 (100)
  3. Focal Length : 60 mm
  4. Exposure Compensation : 1 EV
  5. Aperture : f/2.8
  6. Shutter Speed : 1/100
  7. Shooting : RAW
  8. White Balance : Auto
p/s : sukar nak dinyatakan 'FEEL' saya masa ni, apa taknya, sekian lama peluang kali ini baru kukecapi. Nak amik gambar bangunan pun susah. Berkunjunglah ke flickr saya untuk rakaman-rakaman menarik lain.  Salam

p/s 2 : rasanya saya tak kisah orang nak komen berkaitan dengan 'caption' ini. Terbuka buat semua.

The PhotoBlogger

Friday, April 29, 2011

Tangga Run 2011 : Sempena Kempen Jom Naik Tangga, Hospital Sungai Buloh : 27 APR 2011


Tangga Run!!!!!!!! Agak janggal mulanya bila saya pertama kali mendengarnya. Bukan saja janggal, malah agak payah saya bayangkan bagaimana sukan ini akan diadakan. 

"Tangga" dan "Run" dua perkataan yang berbeza bukan, malah tidak sesuai untuk disatukan. Orang tua-tua pun sering berpesan, kalau naik tangga hati-hati berjalan (bukannya berlari), tersandung aduh pedih la lutut rasanya. Silap-silap diusia tua begini pergh… tanggal la skrew-skrew lutut jadinya, andaikata kita berlari.


Apa adanya, aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya. 

Juara dengan masa tidak sampai 1 setengah minit, telah sampai ke tingkat 9 dari tingkat 1 dan turun semula kebawah. (Saya dah cuba dah….. tak boleh sampai untuk masa tersebut). Tahniah buat saudara Fadzli dari pentadbiran atas kehebatan langkah (kot). Buat orang-orang kuat saya (En. Kamaruzaman), tahniah juga walaupun dapat tempat ke-3, Insyallah "next year" ada lagi. Buat, puteri kewangan pulak, sabar, ada rezeki ada la tu.

Ada orang tanya juga, awat gambar-gambar tu cantik tadi (masa saya "edit" kat pejabat) ….



Nak gambar kena bayar, nak tips kenalah (ehem…ehem), lawat blog saya than boleh cerita kan. 

Okeylah… buat yang bertanya tadi , tips ini untuk anda (bukan untuk anda sahaja, juga mungkin yang berminatkan) :-

Peralatan yang saya gunakan :-
  1. Kamera : Nikon DSLR D3s (Kerana kelajuan "frame" sesaat)
  2. Lens : Nikon AF Nikkor 50mm f/1.8D (Ringan, & Ruangan yang sempit)
  3. Flash : Tiada (Cahaya persekitaran sudah mencukupi)
"Setting" :-
  1. Mode : All Manual
  2. ISO : L1.0 (100)
  3. Focal Length : 50 mm
  4. Exposure Compensation : 1EV
  5. Aperture : f/1.8
  6. Shutter Spped : 1/100
  7. Shooting : RAW
  8. White Balance : Auto
Tips-tips pengambaran :-
  1. Sentiasa bersedia untuk sebarang aksi, jangan lapaskan, jangan dok sembang jerk.
  2. Pasti komunikasi dengan pihak keselamatan dan penganjur sentiasa berlaku, kerana perserta akan turun pada bila-bila masa tanpa kita ketahui. (syukur juga semua peserta sempat saya"frame" kan.)
  3. Posisi : "Low angle" adalah yang terbaik
  4. Peralatan Tambahan : Alas untuk kita mengambil pengambaran. 
p/s : Cara pengambaran dan setting ini adalah pilihan saya, mungkin anda juga mempunyai cara dan setting sendiri.  Komen dan pandangan anda adalah dihargai. Sudi-sudikan lah….  Dan Untuk gambar-gambar yang lebih terang, sila ke flickr saya…. di sini. Salam…..

ThePhotoBlogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...