Malaysia Web Hosting
Showing posts with label My Job Prosedure. Show all posts
Showing posts with label My Job Prosedure. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Tak Semestinya PERCUMA : Caj Pesakit Penyakit Berjangkit

Tahukah anda "Tidak semua rawatan untuk Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA."
----o0o----
Menjalankan amanah tugas di sebuah Hospital Pakar Berteknologi dan Berinformasi, membuatkan saya sentiasa berhati-hati.  "Ini kerana semua kakitangannya menggunakan Teknologi Berinformasi dalam mendapatkan garis panduan menjalankan amanah tugas." Rasanya la.  Kalau tidak tidaklah terjadi senario-senario seperti yang saya akan bincangkan di bawah.  Takpelah… semoga mereka mendalami lagi ilmu-ilmu pembayaran, bukan hanya lebih kepada perubatan yerk.

Jata Negara Foto Oleh 'theFLAME
Saya suka berkongsi Senario berikut kepada umum (tak salah pun, tapi untuk menambah ilmu kita tentang tatacara bayaran di hospital-hospital kerajaan.) :-
Senario 1. Seorang jururawat memaklumkan bahawa semua rawatan Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA kepada seorang pesakit.  Walhal si pesakit mendapat rawatan hospitalnya adalah berkaitan tulang sahaja.  Kesannya, pesakit bermati-matian tidak ingin membayar caj yang dikenakan, malahan enggan sama sekali membayar caj pendaftaran klinik-klinik pakarnya.
Senario 2.  Seorang pesakit penyakit berjangkit enggan membayar caj rawatanya, meskipun menduduki wad kelas ke 2 atas permintaan pesakit.  Punca, beliau dimaklumkan bahawa semua Caj Pesakit Berjangkit adalah PERCUMA.
Menangani isu ini, menyebabkan kerja harian saya sebagai seorang Ketua Bahagian banyak yang terbengkalai.  Apa tidaknya, kita terpaksa turun padang dalam menangani isu-isu yang agak remeh namun, terlalu ramai yang memperlekehkannya.

Jawapan Untuk Senario 1.
Pesakit Penyakit Berjangkit merupakan,
" Orang yang mengidap penyakit berjangkit yang dimasukkan ke Wad Kelas Ke 3 atau Wad-Wad Pengasingan di"KECUALI"kan dari membayar apa-apa caj-caj.  Penyakit Berjangkit adalah penyakit-penyakit yang disenaraikan di dalam Jadual 24 jenis penyakit atau yang telah diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia."
Dari penjelasan ini, sebarang rawatan berkaitan dengan penyakit berjangkit sememang adalah PERCUMA.  Hanya rawatan BERKAITAN DENGAN PENYAKIT BERJANGKIT SAHAJA. Namun, rawatan-rawatan pesakit penyakit berkaitan rawatan Tulang / Orto adalah tidak berkaitan dengan Pekeliling ini.  Ianya akan dicajkan kepada pesakit, meskipun pesakit adalah pesakit penyakit berjangkit.  He he he he… Kerajaan bagi subsidi hanya untuk penyakit yang telah digazedkan PERCUMA.  Buat yang sesuka buat statement "FREE" tu… FREEZ yourself.
Jawapan Untuk Senario 2.
Paling saya suka reaksi pesakit ini, bila saya tunjukkan pekeliling berkaitan kenyataannya.  (Boleh saya katakan pesakit bijak ini melopong juga, mulut berbentuk '0' macam huruf KOSONG aka ROTI KOSONG jerk.)
Buat pesakit atau waris pesakit yang mempunyai keluarga mengidap penyakit berjangkit, please be informed that "Pesakit yang menduduki Wad Kelas 1 atau 2 atas permintaan SENDIRI atau KELUARGA PESAKIT dan menghidapi penyakit berjangkit (Refer Jadual H, Akta Fi) atau penyakit berjangkit yang diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa TIDAK BOLEH MENDAPAT PENGECUALIAN PEMBAYARAN."
So, kenalah faham yer.. Tidak semuanya PERCUMA buat pesakit-pesakit penyakit berjangkit.
Okeylah… ngantuk juga memikirkan kengkadang kerenah warga pesakit.  Kadang kala kerja rutin harian pun tidak dapat diselesaikan.  Malah saya terpaksa masuk mesyuarat-mesyuarat berkaitan kewangan pun sentiasa lewat sahaja jadinya.  Bos, pula nasib baik memahaminya.  Terima kasih, Bos.  Sometime pesakit lebih 'mahir' lagi daripada saya tentang caj, sampai cerita subsidi kerajaan, kewajiban kerajaan, kakitangan awam tak tahu apa-apa dan banyak lagi.  Takpe lah cik, amanah kami tanggungjawab kami.

Perlu diingat, ubat yang dibayar oleh pesakit kosnya kadangkali 10 ke 20 kali ganda dari yuran pendaftaran yang dibayar oleh pesakit. (Yuran Pendaftaran hanya RM1(Rawatan Pesakit Luar) & RM5 (Bagi Rawatan Pakar), bayangkanlah kos ubatnya.)

Fikir-fikirkanlah, selamat beramal.

p/s : Best juga kerja di sebuah Hospital, boleh tengok pesakit, fahamkan pesakit, dan kadang kala terima 'Kata-kata MANIS' pesakit. Saya????? Alhamdulilah saya lebih suka senyum bila kena marah, itulah salah satu amanah harian untuk warga pesakit negara Malaysia.  Semoga mereka faham, dan blog ini satu daripada hadiahnya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Sunday, May 22, 2011

Kad Rawatan Pesakit : PERCUMA Tapi Kosnya Lebih Dari Yang Kita Sangkakan.

Teringat dengan entri semalam….. pasal kakitangan saya dapat surat dari Bahagian Perhubungan Awam, HSB.  Pagi-pagi lagi kakitangan saya, menunggu di depan pejabat dengan sabar (kot).
"Kena Mike? (Kenapa Mike?)" Saya bertanya (dalam Bahasa Melayu Sarawak).
"Sik ada apa, just nok tok….. " Dengan senyuman yang penuh keletihan sambil menunjukkan surat aduan pelanggan berkaitan dengannya.
Setelah masuk ke pejabat, saya membaca surat aduan pelanggan yang dipanjangkan kepadanya oleh Bahagian Perhubungan Awam.
"Tok penjelasan kamek, boss." Mike menambah lagi, sambil menghulurkan sekeping surat maklumbalas berkaitan perkara yang dibangkitkan.
Jelas, Mike sentiasa sedia menjelaskan isu berbangkit meskipun, keletihan.  Itulah 'amah kerajaan' yang setia dengan amanah meskipun sering menghadapi seribu macam cabaran dan dugaan.

Kebiasaannya isu yang dibangkitkan cukup mudah diselesaikan, hanya keegoan salah satu pihak sahaja yang sering menghalangnya.  Kebiasaannya, satu pihak akan menyatakan si penjawatan awam tidak menjalankan tugas, makan free, makan suap dan makan luar memanjang serta banyak lagi tanggapan.  Manakala di satu pihak lagi, menterjemahkan, awam tak faham itu, tak faham ini.  Sudahlah…..

-----o0o-----

Isu yang dibangkitkan hanyalah berkaitan "Kad Rawatan Pesakit (KRP)" yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada pesakit untuk kegunaan rujukan dan rawatan.  Di dalam kes ini, KRP yang sepatutnya disimpan dan dijaga dengan baik oleh pihak pesakit telah hilang.  (Dan, selepas disemak, si pesakit baru sahaja beberapa minggu mendapatkan rawatan di situ, takkan dah hilang kot.)  Bagi sesetengah kita, secara singkat berfikir "apalah nak difikirkan sangat, buat baru selesai kes".  Sememangnya betul, kalau dilihat dari sudut cerdik sebegitu, tapi sekiranya difikirkan sebaliknya lain pula ceriteranya kan.

Kad Rawatan Pesakit Foto Oleh 'theFLAME
Saya lebih setuju dengan penjelasan kakitangan saya.  Kakitangan saya mengandaikan bahawa sekiranya, seorang pesakit mempunyai sampai 10 keping KRP bersama Barcode berapa pula kosnya.  Setiap kali ke hospital satu kad KRP dengan pelekat barcode.  Kalau dah 10 kali hadir ke hospital dengan satu kad KRP baru, bayangkan berapa banyakkah kad KRP dimiliki oleh seorang pesakit.  Bukankah itu, pembaziran.  Mungkin murah bagi kita yang rasanya kaya tak seberapa.  Tapi,  kertas manila dengan barcode tidaklah semurah kertas tisu yang kita gunakan di rumah bukan. Kos cetakan termasuk dakwat yang mahal, elektrik digunakan dan kos percetakan kad KRP juga tidak boleh dikecualikan. Berapakah pula, yang kita bayar untuk rawatan setelah mendapat subsidi kerajaan. RM1/- ke RM5/- sahaja. Fikir-fikirkan lah.

Remehnya…… Kitakan bayar cukai kepada kerajaan.  Yep…. saya pun, malah semuapun.  Tapi kalau dibazirkan, apalah gunanya.

KRP berpelekat barcode hospital adalah segalanya bagi seorang pesakit hospital dan pengurusan sesebuah hospital.  Di dalamnya terdapat maklumat rekod pesakit.  Di dalamnya terdapat segala perkara  berkaitan darah, ubat, elergi malah keturunan, hinggalah kewarganegaraan.  Ianya merupakan Kad Pengenalan sementara di dalam hospital.  Kertasnya hanyalah kertas manila berwarna biru yang ditampal dengan barcode untuk rujukan hospital.

Tampak murah dipandang mata, tapi bernilai di sudut identiti individu pesakit itu sendiri. 

Yang amat dirisaukan, bila ianya jatuh ke tangan orang lain. Informasi di dalamnya boleh disalahgunakan.  Ini kerana dengan sekali imbas barcodenya sahaja, semua data peribadi individu pesakit di hospital akan dipaparkan diskrin komputer hospital.  Ini termasuklah laporan-laporan perubatan yang hanya kosnya sebanyak RM40 sahaja.  Bukankah itu mengundang risiko lain kepada pesakit pula.

Alasan "Kad Hilang" adalah tidak relevan, kerana ianya boleh disimpan di dalam poket dompet, pas tangan wanita, malah di dalam fail peribadi.

Alasan "Pihak Perubatan mengarahkan pesakit untuk mendapat cetakan baru." juga tidak relevan.  Kad KRP yang begitu banyak akan membingungkan mereka sendiri akhirnya.

Jadi, apa yang relevan? Yang relevan ialah, satu kad KRP untuk satu pesakit, itu sahaja.  Menjaganya mudah sahaja.  Simpanlah ia sebaik-baiknya.  Tanamkan sifat kekitaan.  Yang kita bazirkan duit kita, bukan duit orang lain.

Umumnya, adalah sukar sungguh mendidik masyarakat yang selalu memandang remeh apa yang kerajaan lakukan.  Bila kita kata kena berjimat, katanya kerajaan kena melakukan terbaik untuk rakyat.  Sememangnya, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.  Namun, kalau kita sendiri asyik menbazirkan setiap sen duit kerajaan, apalah daya penjimatan yang kita lakukan.  Cukuplah subsidi itu ini, telah dikurangkan hari ini.  Jangan nanti subsidi itu ini di hospital pula yang diambil kembali.

Dengan sedikit motivasi, kakitangan saya, saya bangkitkan semangat semula.  Alhamdullilah, kakitangan saya yang dah kena maki hamun tu, bersemangat semula. Kesian dia tidaklah kemana, kerana mampu memikirkan yang terbaik demi negara.  Tapi, kesian saya pada yang memaki dan memarahinya. Kakitangan saya tidaklah melaungkan takbir untuk berjimat kerana bukannya perlu ia melakukannya begitu, tapi si pemaki sendiri perlu ingat lafaz doa iftitahnya kepada YANG SATU. 

Renung-renungkan……

p/s: Membazir itu perbuatan syaitan kan….. hehehehehheh.  Malu eh…. bila seorang yang tak tahu tentang nas tersebut menegur kita.  Terima Kasih, En. Mike (nama saudara yang panjang sangat nak sebut la).  Buat semua, kalau ada kad pesakit tu, simpan-simpanlah, dan gunakannya semasa mendapat rawatan nanti.  Jangan membazirkan setiap sen yang negara berikan kepada kita.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Saturday, May 21, 2011

Rawatan PERCUMA !!!!!!!!!!!!!!! (Tak Semua Rawatan Percuma di Hospital Kerajaan)

Sehari bercuti pada 16 Mei 2011 kerana menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan sempena Hari Wesak aku didatangi dengan kuiri berkaitan bayaran dan perihal kakitangan di pejabatku.

Kuiri berkaitan bayaran yang aku rasa perlu diperjelaskan agar ianya tidaklah sampai menjadi isu mesyarakat dan negara di suatu hari nanti.  Apa tidaknya, budaya masuk surat khabar, masuk facebook, barangkali twitter juga kot, kalau tidak myspace digunakan untuk membelasah kakitangan awam.

--------o0o--------

Batuk Kering Merupakan Salah Satu Penyakit Berjangkit (ID).

Kuiri Awam : Sekiranya seorang pesakit ID (Penyakit Berjangkit HIV) mendapat rawatan, adakah ianya PERCUMA?

Soalan ni datang dari seseorang yang langsung tak nak dikenali.  Tanpa nama, tanpa alamat dan tanpa nombor telefon.

Soalan Beliau, "Sebagai seorang pesakit ID, beliau dimaklumkan semua rawatan adalah PERCUMA oleh seorang jururawat bertugas.  Kenapa rawatan beliau dicaj? (Setelah dirujuk, didapati beliau mendapat rawatan patah kaki di Jabatan Orto.)

Menjawab persolan ini, sukar untuk saya perjelaskan seandainya saya hanya merujuk soalan kuiri tanpa melihat latar belakang penyoalnya.

Namun jawapannya :
  1. Sememangnya semua rawatan pesakit berjangkit adalah PERCUMA.  Tetapi, hanya pada rawatan yang berkaitan penyakit yang dihidapinya.  Contohnya, bagi rawatan HIV, hanya percuma seandainya ia berkaitan penyakit HIVnya sahaja.  Ini termasuklah rawatan berkaitan darah dan perubatannya.
  2. Walau bagaimanapun, sekiranya, pesakit PATAH KAKI kerana bermain bola, terjatuh memanjat pokok, penyebabnya…. bukan HIV bukan.  Kenapa dirumitkan? Kenapa pulak ia dikaitkan dengan HIV.  Pokok ke yang bawa penyakit HIV, ke bola disepak itu yang ada HIV.
  3. Untuk mendapatkan rawatan PERCUMA bagi pesakit, satu notifikasi hendaklah diperolehi bagi mendapatkan pelepasan bayaran tersebut.  (Bukan dari Jabatan atau Bahagian Kewangan, ia lebih daripada seorang yang mahir tentang penyakit tersebut, iaitu doktor.)
  4. Berkaitan dengan notifikasi ini, ramai pesakit sentiasa berfikir bagaimana bentuk notifikasi tersebut.  Ianya tidak sukar untuk diperolehi, hanya nyatakan bahawa anda adalah pesakit penyakit berjangkit atau ID, pihak doktor akan memberikan anda "Notifikasi ID" untuk dirujuk oleh pihak kewangan.
  5. Semalam sahaja, seorang isteri kepada pesakit ID-Batuk Kering terperanjat kerana caj amaun rawatan mencecah RM300.00 bagi suaminya.  Dengan marah beliau, terus naik darah kenapa golongan kurang berkemampuan seperti beliau dicaj sebegitu rupa.  Kenapa rawatannya mahal?  Habis kecoh kaunter bayaran. (Setelah disiasat suaminya adalah pesakit penyakit berjangkit, dan PERCUMA, rupanya selama ini dia tak tahupun kena ada notifikasi kesihatan untuk mendapat pelepasan.  Dan nasihat dari JURU-JURU yang mahir kewangan tidak pernah diperolehi.)  
  6. Untuk mendapatkan rawatan PERCUMA, notifikasi lisan, seperti kata-kata nasihat jururawat tidak boleh digunakan dalam mendapatkan pelepasan bayaran.  (Jururawat, adalah orang yang mahir merawat sahaja, bukannya mahir tentang kewangan.  Betul tak?)  Inilah yang sering berlaku, JURUrawat menasihatkan tentang kewangan.  JURUwang pulak pakai tangkap muat sahaja.
Apa-apa pun, setiap pelepasan kos pakar dan hospital hendaklah mendapat pengesahan dari Doktor yang merawat yang lebih JURU dari JURUrawat.  Pihak Kewangan, hanya akan membuat pelepasan dari notifikasi yang diberikan.

Senangnya kitakan…. PERCUMA semuanya.  (Sekali lagi saya katakan, nak keluarkan Akta Fi, yang berjela-jela tu bersama Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling bakal memeningkan pembacanya, kecuali mereka yang mahir.)   

p/s: Banyak lagi penyakit yang boleh dikategorikan sebagai Penyakit Berjangkit atau ID.  Cuma kita perlu membacanya. Isu berkaitan Kakitangan tu nanti cerita dekat bab lain pulak yerk.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

Bayaran Bukan Warga Negara : Di Hospital-Hospital Kerajaan

Hari-hari kerjayaku asyik memikirkan "Bagaimanakah isu tunggakan kutipan hasil dapat kuselesaikan?"

Rata-ratanya datangnya dari warga asing yang saban hari kian bertambah menghadirkan diri ke tempat kerjaku.  Apa mungkin mereka tidak faham, atau buat-buat tidak faham tentang aturcara di Malaysia yang lebih tegas kepada warga asing dalam menberikan rawatan perubatan.

Sepetang Di Pelabuhan Kelang. Photo By 'theFLAME
(Foto ini saya ambil semasa menghantar orang gaji balik berhari raya di Pelabuhan Kelang, Selangor.  Namun ia mengingatkan saya cerita hari ini bersama wakil seorang YB di pejabat kewangan, Hospital Sg. Buloh, Selangor.)

Jam 2.30 petang tadi, seorang wakil kepada YB datang berjumpaku, bertanya tentang tatacara bayaran bukan warga negara.  Entahlah, kenapa pulak si wakil YB ini beriya-iya ingin mengetahui.  Seperti, pesan pengarah kepadaku "Ikut Polisi Negara!"  Ringkas, padat dan mudah difahami.

Tatacara Bayaran Bukan Warga Negara di Hospital Kerajaan.

  1. Kemasukan ke dalam hospital (di tempat aku bekerja sahaja yer) mestilah didaftarkan dengan pendahuluan deposit RM800/- untuk Wad Kelas Ke-3.  (Ini tidak termasuk kos pendaftaran dan kos rawatan observation yang wajib dibayar semasa pendaftaran sebelum berjumpa doktor.)
  2. Jumlah deposit akan dipantau dari masa ke semasa.
  3. Sekiranya, kurangan deposit berlaku, pihak pesakit dan waris pesakit dikehendaki menambah amaun tersebut ke amaun asal deposit iaitu pada jumlah RM800/-.  (Pokoknya, RM800/- merupakan floating, keselamatan kos perbelanjaan perubatan pesakit.)
  4. (Bagi yang mempunyai majikan) Majikan dikehendaki membayar deposit sebelum kemasukan wad, dan bagi yang mempunyai insuran ianya lebih mudah dikendalikan.  Cuma, kadang-kala ada yang buta huruf yang tak reti nak baca arahan borang menjadikan penyediaan laporan insuran tu saja yang jadi isu.  Apa taknya, borang kesihatan berkaitan pesakit pun, ada kaum-kaum yang buta kayu tak reti nak isi.  Akhirnya, pendinglah bayaran sebulan dua.  (Laporan Kesihatan, takkanlah pihak kewangan nak isi…. ataupun takkanlah pesakit dan warisnya yang isi.  Terang lagi bersuloh tertera sapa yang wajib mengisinya.  Nak tahu kenalah tengok dalam borang SPIKPA yerk.)
  5. (Bagi yang takde permit dan takde pasport yang sah).  Nak dapatkan perubatan, kenalah bayar deposit.  Kalau tak balik la saja.  (Bak kata kawan saya, balut-balut dah balik la, kos pun murah kan.) Bukan nak kata, kita Warga Malaysia nak meninggi diri, cuma kalau dah takde permit tu, maksudnya takde kerja, takde majikan dan takde insuran.  Takde permit tu salah dari segi undang-undang, jadi menyimpan juga salah bagi orang-orang yang serba kurang permit ni.  So jawabnya kita sekali la bermalam di lokap.
  6. To make it short, Balai cerita.  Buat laporan polis, hantar lokap.  Ada deposit pun, better hantar balai selepas rawatan.  Kenapa?  Kalau kena 'rush' sure kita masuk balai sekali.
  7. (Bagi yang ada penjamin (Bukan Majikan)) Penjamin mestilah warga negara.  Dokumen penting seperti Salinan Kad Pengenalan Depan dan Belakang, Salinan Paspot yang sah dan deposit hendaklah disertakan semasa mendapatkan rawatan/masuk ke wad.  Penjamin dikehendaki menyerahkan semua alamat komunikasi untuk dihubungi, termasuklah semua nombor telefon yang boleh dihubungi.
  8. Borang Akujanji Penjamin wajib diisi, ditandatangani dan diluluskan oleh Penjamin/Pembayar dan Pengarah.  
  9. Pengurangan dan Pengecualian adalah tidak dibenarkan kepada bukan Warga negara. Kenapa? Kalau nak explain berjela-jelalah pekeliling dan perundangan serta akta akan kita sebutkan demi mendapatkan jawapan ini.  

Amacam… adakah ianya memudahkan untuk difahami.

p/s : macam menteri kewangan la pulak… but itulah yang perlu kita kongsikan bersama untuk pengetahuan umum.  Andainya anda mempunyai idea berkaitan perkara ini, atau pertanyaan berkaitan perkara ini, sudi-sudikanlah untuk menyuarakannya.  Wassalam.

'theFLAME
The PhotoBlogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...