Malaysia Web Hosting

Saturday, May 21, 2011

Rawatan PERCUMA !!!!!!!!!!!!!!! (Tak Semua Rawatan Percuma di Hospital Kerajaan)

Sehari bercuti pada 16 Mei 2011 kerana menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan sempena Hari Wesak aku didatangi dengan kuiri berkaitan bayaran dan perihal kakitangan di pejabatku.

Kuiri berkaitan bayaran yang aku rasa perlu diperjelaskan agar ianya tidaklah sampai menjadi isu mesyarakat dan negara di suatu hari nanti.  Apa tidaknya, budaya masuk surat khabar, masuk facebook, barangkali twitter juga kot, kalau tidak myspace digunakan untuk membelasah kakitangan awam.

--------o0o--------

Batuk Kering Merupakan Salah Satu Penyakit Berjangkit (ID).

Kuiri Awam : Sekiranya seorang pesakit ID (Penyakit Berjangkit HIV) mendapat rawatan, adakah ianya PERCUMA?

Soalan ni datang dari seseorang yang langsung tak nak dikenali.  Tanpa nama, tanpa alamat dan tanpa nombor telefon.

Soalan Beliau, "Sebagai seorang pesakit ID, beliau dimaklumkan semua rawatan adalah PERCUMA oleh seorang jururawat bertugas.  Kenapa rawatan beliau dicaj? (Setelah dirujuk, didapati beliau mendapat rawatan patah kaki di Jabatan Orto.)

Menjawab persolan ini, sukar untuk saya perjelaskan seandainya saya hanya merujuk soalan kuiri tanpa melihat latar belakang penyoalnya.

Namun jawapannya :
  1. Sememangnya semua rawatan pesakit berjangkit adalah PERCUMA.  Tetapi, hanya pada rawatan yang berkaitan penyakit yang dihidapinya.  Contohnya, bagi rawatan HIV, hanya percuma seandainya ia berkaitan penyakit HIVnya sahaja.  Ini termasuklah rawatan berkaitan darah dan perubatannya.
  2. Walau bagaimanapun, sekiranya, pesakit PATAH KAKI kerana bermain bola, terjatuh memanjat pokok, penyebabnya…. bukan HIV bukan.  Kenapa dirumitkan? Kenapa pulak ia dikaitkan dengan HIV.  Pokok ke yang bawa penyakit HIV, ke bola disepak itu yang ada HIV.
  3. Untuk mendapatkan rawatan PERCUMA bagi pesakit, satu notifikasi hendaklah diperolehi bagi mendapatkan pelepasan bayaran tersebut.  (Bukan dari Jabatan atau Bahagian Kewangan, ia lebih daripada seorang yang mahir tentang penyakit tersebut, iaitu doktor.)
  4. Berkaitan dengan notifikasi ini, ramai pesakit sentiasa berfikir bagaimana bentuk notifikasi tersebut.  Ianya tidak sukar untuk diperolehi, hanya nyatakan bahawa anda adalah pesakit penyakit berjangkit atau ID, pihak doktor akan memberikan anda "Notifikasi ID" untuk dirujuk oleh pihak kewangan.
  5. Semalam sahaja, seorang isteri kepada pesakit ID-Batuk Kering terperanjat kerana caj amaun rawatan mencecah RM300.00 bagi suaminya.  Dengan marah beliau, terus naik darah kenapa golongan kurang berkemampuan seperti beliau dicaj sebegitu rupa.  Kenapa rawatannya mahal?  Habis kecoh kaunter bayaran. (Setelah disiasat suaminya adalah pesakit penyakit berjangkit, dan PERCUMA, rupanya selama ini dia tak tahupun kena ada notifikasi kesihatan untuk mendapat pelepasan.  Dan nasihat dari JURU-JURU yang mahir kewangan tidak pernah diperolehi.)  
  6. Untuk mendapatkan rawatan PERCUMA, notifikasi lisan, seperti kata-kata nasihat jururawat tidak boleh digunakan dalam mendapatkan pelepasan bayaran.  (Jururawat, adalah orang yang mahir merawat sahaja, bukannya mahir tentang kewangan.  Betul tak?)  Inilah yang sering berlaku, JURUrawat menasihatkan tentang kewangan.  JURUwang pulak pakai tangkap muat sahaja.
Apa-apa pun, setiap pelepasan kos pakar dan hospital hendaklah mendapat pengesahan dari Doktor yang merawat yang lebih JURU dari JURUrawat.  Pihak Kewangan, hanya akan membuat pelepasan dari notifikasi yang diberikan.

Senangnya kitakan…. PERCUMA semuanya.  (Sekali lagi saya katakan, nak keluarkan Akta Fi, yang berjela-jela tu bersama Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling bakal memeningkan pembacanya, kecuali mereka yang mahir.)   

p/s: Banyak lagi penyakit yang boleh dikategorikan sebagai Penyakit Berjangkit atau ID.  Cuma kita perlu membacanya. Isu berkaitan Kakitangan tu nanti cerita dekat bab lain pulak yerk.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

1 comment:

  1. salam.. sy baru mendapatkan rawatan pneumonia di hospital kerajaan dan sy seorang pesakit id. bolehkah saya mendapatkn pengecualian untuk bayaran ubat? terima kasih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...