Malaysia Web Hosting

Saturday, May 21, 2011

Bayaran Bukan Warga Negara : Di Hospital-Hospital Kerajaan

Hari-hari kerjayaku asyik memikirkan "Bagaimanakah isu tunggakan kutipan hasil dapat kuselesaikan?"

Rata-ratanya datangnya dari warga asing yang saban hari kian bertambah menghadirkan diri ke tempat kerjaku.  Apa mungkin mereka tidak faham, atau buat-buat tidak faham tentang aturcara di Malaysia yang lebih tegas kepada warga asing dalam menberikan rawatan perubatan.

Sepetang Di Pelabuhan Kelang. Photo By 'theFLAME
(Foto ini saya ambil semasa menghantar orang gaji balik berhari raya di Pelabuhan Kelang, Selangor.  Namun ia mengingatkan saya cerita hari ini bersama wakil seorang YB di pejabat kewangan, Hospital Sg. Buloh, Selangor.)

Jam 2.30 petang tadi, seorang wakil kepada YB datang berjumpaku, bertanya tentang tatacara bayaran bukan warga negara.  Entahlah, kenapa pulak si wakil YB ini beriya-iya ingin mengetahui.  Seperti, pesan pengarah kepadaku "Ikut Polisi Negara!"  Ringkas, padat dan mudah difahami.

Tatacara Bayaran Bukan Warga Negara di Hospital Kerajaan.

  1. Kemasukan ke dalam hospital (di tempat aku bekerja sahaja yer) mestilah didaftarkan dengan pendahuluan deposit RM800/- untuk Wad Kelas Ke-3.  (Ini tidak termasuk kos pendaftaran dan kos rawatan observation yang wajib dibayar semasa pendaftaran sebelum berjumpa doktor.)
  2. Jumlah deposit akan dipantau dari masa ke semasa.
  3. Sekiranya, kurangan deposit berlaku, pihak pesakit dan waris pesakit dikehendaki menambah amaun tersebut ke amaun asal deposit iaitu pada jumlah RM800/-.  (Pokoknya, RM800/- merupakan floating, keselamatan kos perbelanjaan perubatan pesakit.)
  4. (Bagi yang mempunyai majikan) Majikan dikehendaki membayar deposit sebelum kemasukan wad, dan bagi yang mempunyai insuran ianya lebih mudah dikendalikan.  Cuma, kadang-kala ada yang buta huruf yang tak reti nak baca arahan borang menjadikan penyediaan laporan insuran tu saja yang jadi isu.  Apa taknya, borang kesihatan berkaitan pesakit pun, ada kaum-kaum yang buta kayu tak reti nak isi.  Akhirnya, pendinglah bayaran sebulan dua.  (Laporan Kesihatan, takkanlah pihak kewangan nak isi…. ataupun takkanlah pesakit dan warisnya yang isi.  Terang lagi bersuloh tertera sapa yang wajib mengisinya.  Nak tahu kenalah tengok dalam borang SPIKPA yerk.)
  5. (Bagi yang takde permit dan takde pasport yang sah).  Nak dapatkan perubatan, kenalah bayar deposit.  Kalau tak balik la saja.  (Bak kata kawan saya, balut-balut dah balik la, kos pun murah kan.) Bukan nak kata, kita Warga Malaysia nak meninggi diri, cuma kalau dah takde permit tu, maksudnya takde kerja, takde majikan dan takde insuran.  Takde permit tu salah dari segi undang-undang, jadi menyimpan juga salah bagi orang-orang yang serba kurang permit ni.  So jawabnya kita sekali la bermalam di lokap.
  6. To make it short, Balai cerita.  Buat laporan polis, hantar lokap.  Ada deposit pun, better hantar balai selepas rawatan.  Kenapa?  Kalau kena 'rush' sure kita masuk balai sekali.
  7. (Bagi yang ada penjamin (Bukan Majikan)) Penjamin mestilah warga negara.  Dokumen penting seperti Salinan Kad Pengenalan Depan dan Belakang, Salinan Paspot yang sah dan deposit hendaklah disertakan semasa mendapatkan rawatan/masuk ke wad.  Penjamin dikehendaki menyerahkan semua alamat komunikasi untuk dihubungi, termasuklah semua nombor telefon yang boleh dihubungi.
  8. Borang Akujanji Penjamin wajib diisi, ditandatangani dan diluluskan oleh Penjamin/Pembayar dan Pengarah.  
  9. Pengurangan dan Pengecualian adalah tidak dibenarkan kepada bukan Warga negara. Kenapa? Kalau nak explain berjela-jelalah pekeliling dan perundangan serta akta akan kita sebutkan demi mendapatkan jawapan ini.  

Amacam… adakah ianya memudahkan untuk difahami.

p/s : macam menteri kewangan la pulak… but itulah yang perlu kita kongsikan bersama untuk pengetahuan umum.  Andainya anda mempunyai idea berkaitan perkara ini, atau pertanyaan berkaitan perkara ini, sudi-sudikanlah untuk menyuarakannya.  Wassalam.

'theFLAME
The PhotoBlogger

4 comments:

  1. thanks for the info.sy pun salah sorang warganegara asing yang tinggal kat Malaysia ni n tertanya2 bape agak2 deposit untuk kemasukan ke hospital utk bersalin nnti.info kat atas ckup lengkap dan padat..

    ReplyDelete
  2. t.kasih...belakang rumah ada warga asing kahwin dengan ppuan malayu dah bersalin kat spital ....tu nak dikira cam ner ek kos dia dengan surat beranak abenda semua tu? reqly

    ReplyDelete
  3. t.kasih...belakang rumah ada warga asing kahwin dengan ppuan malayu dah bersalin kat spital ....tu nak dikira cam ner ek kos dia dengan surat beranak abenda semua tu? reqly

    ReplyDelete
  4. Yang bercakap ni tak tau langit tu tinggi atau rendah..bila batang hidung sendiri buat kesalahan contohnya kesalahan jalan raya,pandai pulak merayu dgn pihak berkuasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...