Malaysia Web Hosting
Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Dah Kawin Kena La Pandai Urus, Betul Tak? (Tips Bayaran Caj Rawatan Hospital Kerajaan Malaysia)

Kebosanan saya melayan kerenah kerja yang agak bertimbun di pejabat, saya bersantai di luar Kaunter Bayaran sambil memerhatikan kerenah pesakit pula.  
"Buat kerja kat luar lagi "best" kot ?" kata hati saya.
Saya membawa kerja-kerja saya keluar untuk memastikan ianya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
"Assalamualaikum.... Tuan" seorang Pak Sheikh menegur saya. 
"Tuan, tolong saya... mana nak cari duit sebanyak ini, RM4,+++.++ untuk bayaran bil.   Saya tiada pekerjaan tetap dan menyara anak seramai 16 orang.  Sayakan orang Malaysia, di bawah perlembagaan layak mendapat subsidi bayaran penuh." sambungnya sebelum saya sempat menjawab salam.
"Bukankah apabila seseorang warga asing berkahwin dengan warga negara Malaysia ianya secara langsung menjadikannya warga negara Malaysia.  Contohnya, isteri kedua saya - yang saya nikahi di negara jiran di sebelah utara negara kita." sambungnya lagi
"Okey..... Saya cuba bantu, tuan dengan kemampuan saya. Bawa bertenang." balas saya selepas salamnya terjawap.
---o0o---

Dari perbincangan yang agak lama, fahamlah saya akan isu yang dibangkitkan.
Kes :
  • Suami pesakit mempersoalkan caj yang dikenakan kepadanya pada harga bukan warga negara, atas alasan perkahwinan mereka tidak didaftarkan di dalam Malaysia.    
  • Suami mempersoalkan bahawa, isteri pertama dan kedua beliau semasa mendapat rawatan sebelumnya dicaj pada harga maksima caj RM 500/- sahaja bagi kelahiran pertama dan seterusnya. 
  • Adakah terdapat alternatif bayaran berkaitan isu beliau ?

Sedih juga untuk menjawap persoalan ini, namun perundangan dan akta telah menetapkan segalanya.
Keputusan (yang saya ambil adalah) :-
  • Caj : Bukan Warga Negara Malaysia dan tetap pada RM4,+++.++ 
  • Alasan : Pesakit merupakan bukan warga negara selagi tidak disahkan kedudukannya oleh badan-badan yang dilantik seperti Jabatan Agama Islam Negeri ataupun Majlis Agama Islam Negeri. 
  • Dokumen Penting : Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan (Yang disahkan oleh badan-badan berkaitan di sesebuah negeri bagi mengesahkan taraf perkahwinan.) 
  • Alternatif Bayaran : Secara Ansuran Bulanan.  
  • Rujukan : Para 2. (2.1 (iii)) Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Bilangan 3 Tahun 2003 telah menggariskan berkaitan Panduan Perlaksanaan Perintah Fi ( Perubatan ) Pindaan 2003 - Caj Baru Bagi Pesakit Orang Asing.
"Bagi kes isteri kedua tuan, dibuktikan di dalam rekod pihak kami telah didaftarkan di salah sebuah jabatan agama negeri, jadi bayarannya adalah pada caj warga negara. Yang ketiga terpaksa kami cajkan dibawah caj bukan warga asing, kerana perkahwinan tidak sahkan kedudukannya oleh badan-badan yang berkaitan. " jelas saya ringkas.
"Masyallah..... ini tidak adil bagi kami yang kurang berkemampuan.  Saya miskin dan tidak mempunyai pekerjaan tetap." jawab Pak Sheikh. 
"Kurang kemampuan???????" saya menjawapnya dengan satu senyuman yang saya rasa andapun memahaminya.
@2012 theFlames Goes Shooting

p/s : fikir-fikirkan.... mampu atau tidak. Apa komen anda?

Monday, April 18, 2011

The Day of 'Moment of Feel' aka "Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan 2"


Dalam kita mengejar erti kelebihan kehidupan pelbagai sepastinya kita lalui.

13 April 2011, Elly Salleh (my beloved wife), memaklumkan bahawa Bank Rakyat ada membuat tawaran penambahan saham koperasi untuk para pelabur-pelaburnya dengan maksima dan minima tambahan sebanyak RM500.00 sahaja.

Sedikitnya…… 

Tapi bagi saya itulah permulaan 'Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan'. Kita perlu memulakannya sedikit demi sedikit, meskipun RM0.10 sahaja.

Pada hari berikutnya(14 April 2011), dengan berbakalkan RMX,XXX.00 (Kecik jerk malu nak bubuh) kami laburkan setiap individu seorang dalam akaun. 50-50…. janji ada.

16 April 2011, pula 3 aktiviti yang perlu dan wajib dilakukan. 
  1. Memperbaiki paip rumah sewa (yang telah dirosakkan oleh Penyewa lama), demi penyewa baru menikmati kehidupan terbaik.
  2. Ke Pantai Bahru Holding Kelang untuk urusan kenderaan. (Agaknya juga, "Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan."
  3. Ke Shah Alam untuk menyiapkan kerja-kerja kewangan (Perunding Kewangan). yang mana aku didatangi idea baru juga boleh ku kategorikan sebagai Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan"
Framing Some Moment a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.

Apa sekalipun, segalanya kulakukan untuk yang terbaik demi keluarga. Pendapatan tambahan untuk menjana kehidupan.

Esok???? Entahlah…

Semoga ada sinar jua (barangkali) yang kuharapkan.

p/s: I love my day, walaupun tak seberapa.

ThePhotoBlogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...