Malaysia Web Hosting

Wednesday, June 22, 2011

Tak Semestinya PERCUMA : Caj Pesakit Penyakit Berjangkit

Tahukah anda "Tidak semua rawatan untuk Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA."
----o0o----
Menjalankan amanah tugas di sebuah Hospital Pakar Berteknologi dan Berinformasi, membuatkan saya sentiasa berhati-hati.  "Ini kerana semua kakitangannya menggunakan Teknologi Berinformasi dalam mendapatkan garis panduan menjalankan amanah tugas." Rasanya la.  Kalau tidak tidaklah terjadi senario-senario seperti yang saya akan bincangkan di bawah.  Takpelah… semoga mereka mendalami lagi ilmu-ilmu pembayaran, bukan hanya lebih kepada perubatan yerk.

Jata Negara Foto Oleh 'theFLAME
Saya suka berkongsi Senario berikut kepada umum (tak salah pun, tapi untuk menambah ilmu kita tentang tatacara bayaran di hospital-hospital kerajaan.) :-
Senario 1. Seorang jururawat memaklumkan bahawa semua rawatan Pesakit Penyakit Berjangkit adalah PERCUMA kepada seorang pesakit.  Walhal si pesakit mendapat rawatan hospitalnya adalah berkaitan tulang sahaja.  Kesannya, pesakit bermati-matian tidak ingin membayar caj yang dikenakan, malahan enggan sama sekali membayar caj pendaftaran klinik-klinik pakarnya.
Senario 2.  Seorang pesakit penyakit berjangkit enggan membayar caj rawatanya, meskipun menduduki wad kelas ke 2 atas permintaan pesakit.  Punca, beliau dimaklumkan bahawa semua Caj Pesakit Berjangkit adalah PERCUMA.
Menangani isu ini, menyebabkan kerja harian saya sebagai seorang Ketua Bahagian banyak yang terbengkalai.  Apa tidaknya, kita terpaksa turun padang dalam menangani isu-isu yang agak remeh namun, terlalu ramai yang memperlekehkannya.

Jawapan Untuk Senario 1.
Pesakit Penyakit Berjangkit merupakan,
" Orang yang mengidap penyakit berjangkit yang dimasukkan ke Wad Kelas Ke 3 atau Wad-Wad Pengasingan di"KECUALI"kan dari membayar apa-apa caj-caj.  Penyakit Berjangkit adalah penyakit-penyakit yang disenaraikan di dalam Jadual 24 jenis penyakit atau yang telah diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia."
Dari penjelasan ini, sebarang rawatan berkaitan dengan penyakit berjangkit sememang adalah PERCUMA.  Hanya rawatan BERKAITAN DENGAN PENYAKIT BERJANGKIT SAHAJA. Namun, rawatan-rawatan pesakit penyakit berkaitan rawatan Tulang / Orto adalah tidak berkaitan dengan Pekeliling ini.  Ianya akan dicajkan kepada pesakit, meskipun pesakit adalah pesakit penyakit berjangkit.  He he he he… Kerajaan bagi subsidi hanya untuk penyakit yang telah digazedkan PERCUMA.  Buat yang sesuka buat statement "FREE" tu… FREEZ yourself.
Jawapan Untuk Senario 2.
Paling saya suka reaksi pesakit ini, bila saya tunjukkan pekeliling berkaitan kenyataannya.  (Boleh saya katakan pesakit bijak ini melopong juga, mulut berbentuk '0' macam huruf KOSONG aka ROTI KOSONG jerk.)
Buat pesakit atau waris pesakit yang mempunyai keluarga mengidap penyakit berjangkit, please be informed that "Pesakit yang menduduki Wad Kelas 1 atau 2 atas permintaan SENDIRI atau KELUARGA PESAKIT dan menghidapi penyakit berjangkit (Refer Jadual H, Akta Fi) atau penyakit berjangkit yang diistiharkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa TIDAK BOLEH MENDAPAT PENGECUALIAN PEMBAYARAN."
So, kenalah faham yer.. Tidak semuanya PERCUMA buat pesakit-pesakit penyakit berjangkit.
Okeylah… ngantuk juga memikirkan kengkadang kerenah warga pesakit.  Kadang kala kerja rutin harian pun tidak dapat diselesaikan.  Malah saya terpaksa masuk mesyuarat-mesyuarat berkaitan kewangan pun sentiasa lewat sahaja jadinya.  Bos, pula nasib baik memahaminya.  Terima kasih, Bos.  Sometime pesakit lebih 'mahir' lagi daripada saya tentang caj, sampai cerita subsidi kerajaan, kewajiban kerajaan, kakitangan awam tak tahu apa-apa dan banyak lagi.  Takpe lah cik, amanah kami tanggungjawab kami.

Perlu diingat, ubat yang dibayar oleh pesakit kosnya kadangkali 10 ke 20 kali ganda dari yuran pendaftaran yang dibayar oleh pesakit. (Yuran Pendaftaran hanya RM1(Rawatan Pesakit Luar) & RM5 (Bagi Rawatan Pakar), bayangkanlah kos ubatnya.)

Fikir-fikirkanlah, selamat beramal.

p/s : Best juga kerja di sebuah Hospital, boleh tengok pesakit, fahamkan pesakit, dan kadang kala terima 'Kata-kata MANIS' pesakit. Saya????? Alhamdulilah saya lebih suka senyum bila kena marah, itulah salah satu amanah harian untuk warga pesakit negara Malaysia.  Semoga mereka faham, dan blog ini satu daripada hadiahnya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...