Malaysia Web Hosting

Tuesday, June 21, 2011

Melayan Kerenah Anak - Anak (On Fathers Day 2011)

BSL-D3S_4397 by 'theFLAMEs' SNAP Galleries
Balai Seni Lukis Negara Foto Oleh 'theFLAME di Flickr.
Melihat Aina, E'KiM dan E'ZiQ kian dewasa, membuatkan saya teringin untuk menunaikan semua permintaan mereka. Namun, apakan daya… kekangan keterbatasan waktu kadang-kala hampir memisahkan saya dari mereka.

E'KiM seorang yang bijak dalam mendalami hati Bonda ("sweet talker"), suka aksi-aksi lasak.

E'ZiQ seorang yang pemarah dan cepat naik angin, suka dipuji (mmmmm juga seorang "sweet talker").

Aina seorang yang pemarah tapi mempunyai kegemaran melukis.

Betul kata peribahasa Melayu, "Takkan mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi jua."  Semua kreteria ini sememangnya ada pada saya pun dan saya akui.

----o0o----

Hari Bapa 2011(16 Jun 2011), saya sambut bersama anak-anak dengan "Lawatan Kecil" Ke Balai Seni Lukis Negara. Di atas permintaan si Aina dan si E'KiM, pagi-pagi lagi saya menghidupkan enjin kereta untuk mengambil kawan-kawannya untuk dibawa bersama kelawatan tersebut.




Gelagat Anak-Anak Semasa Lawatan Foto Oleh 'theFLAME di Flickr
Setiba di lokasi yang dituju, tanpa sebarang halangan dengan sedikit nasihat, mereka menerokai Balai Seni Lukis Negara dari Level 1 ke Level 3. (Sayangnya foto-foto tidak dibenarkan diambil semasa di galeri, kalau tak banyak juga hasilannya. Saya faham ianya lebih kepada "Hak Cipta Terpelihara dan kesan cahaya flash pada lukisan-lukisan pada masa akan datang.)  Bagi Elly dan saya…. layan dating la.

Apapun…. saya bangga dengan Aina, yang juga mampu membuat satu lakaran terbaik dalam setiap lukisan-lukisannya. "Like Father, Like Daughter."

All the best to Aina & Her Superb Friends. To E'KiM, stick with me for action in sport and photography. Buat E'ZiQ… act & pose for every of my frame & TQ.


E'ZiQ Foto Oleh 'theFlame Di Flickr
Buat Elly Salleh… I love you… & thanks for the kids, bright little kids.

Elly Salleh Foto Oleh 'theFLAME di Flickr.
And, I loved you all. TQ
Elly Salleh & E'ZiQ Moment Foto Oleh 'theFLAME di Flickr

p/s : Buat, Putri tersayang, Ariyana Yasmin…… mmmm good smile with mata sepet… I love you too, what did I feed you for every of your smile. 

'theFLAME
ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...