Malaysia Web Hosting

Monday, June 20, 2011

Tips Bayaran Caj Rawatan Hospital Kerajaan Malaysia.

Semasa, membelek-belek koleksi gambar Percutian Ke Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd, Kundasang, Sabah melalui iPhone pagi tadi, saya dikejutkan dengan panggilan Kaunter Pendaftaran Pakar 1, Hospital.

'theFLAME Goes Shooting foto iPhone 4 oleh E'KiM 
'Fed up', bengang, geram dan 'hanya Allah swt sahaja yanga tahu' juga melayan kerenah warga pesakit hospital hari ini.  Tapi itulah, amanah negara buat kami Warga Awam dalam mengangkasakan amanah negara.

Kes 1.
Seorang suami Warga Negara menuntut pengurangan bayaran rawatan isterinya (bukan warga) yang bersalin di Hospital Malaysia, setelah mendapat pengesahan pernikahan oleh mahkamah selepas 3 bulan bersalin di negara ini.
Kes 2.
Seorang ibu (Bukan Warga Malaysia) berkahwin dengan Warga Malaysia berperang mulut dengan kakitangan kaunter kerana caj bayaran perubatan anaknya dicajkan Caj Bukan Warga Negara, setelah menunjukkan Sijil Kelahiran Negara Asing ( Bukan Negara Malaysia) sebagai bukti kelahiran.  Habis kecoh satu kaunter.

Keputusan Berkaitan Kes 1
Warga Negara menuntut pengurangan bayaran rawatan isteri (Bukan Warga Negara), setelah mendapatkan pengesahan mahkamah atau Majlis / Jabatan Agama Islam Tempatan selepas tarikh rawatan di hospital kerajaan.
  • Caj : Caj yang dikenakan adalah Caj Warga Asing (Bukan Warga Negara).
  • Alasan : Seseorang individu Bukan Warga Negara hanya disahkan mendapat keistimewaan Caj Warga Negara hanya setelah perkahwinannya disahkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau mana-mana Majlis Agama Islam Negeri. (Tanpanya si suami atau si isteri akan dicajkan Caj Pembayaran Bukan Warga Negara. Walau dengan apa alasan sekalipun.  Ini kerana, dengan menunjukkan surat pengesahan asal ini sahaja segala keistimewaan dapat diberikan.)
  • Dokumen Penting : Surat Pengesahan Pernikahan / Surat Nikah Yang Didaftarkan Di Malaysia, Kad Pengenalan Pasangan, Buku Pasport. 
  • Rujukan : Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia & Akta Fi.
Keputusan Berkaitan Kes 2
Seorang Warga Negara berkahwin dengan Bukan Warga Negara dan melahirkan anak di Luar Negara.  Caj Pembayaran Bagi Si Anak adalah :-
  • Caj (Anak Bersekolah atau Belum Bersekolah) : Selagi si ibu atau si bapa tidak dapat menunjukkan "Borang W" atau apa-apa dokumentasi yang boleh menyokong kerakyatan anaknya sebagai Warga Negara, ianya akan dicaj dengan Caj Bayaran Bukan Warga Negara. (Meskipun si anak adalah anak seorang ibu Warga Negara atau seorang bapa Warga Negara ataupun kedua-duanya sekali.)  Surat Jaminan Sekolah Tidak Boleh Digunapakai dalam menyokong penama adalah Warga Negara.
  • Alasan : Setiap kelahiran anak Warga Negara di Luar Negara hendaklah dilaporkan serta didaftarkan ke Kedutaan Malaysia untuk mendapat pengesahan. Dan Borang W akan dikeluarkan bagi menyokong pengesahan kelahiran tersebut.
  • Dokumen Penting : "Borang W" (Salinan yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sekiranya tiada.) 
  • Rujukan : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (Kota Damansara).
Melayan kerenah Pesakit dan Waris Pesakit Warga Negara lebih susah daripada melayan kerenah Bukan Warga Negara.  Apa tidaknya, semua Pesakit dan Waris Warga Negara pakat dok hafal Perlembagaan Persekutuan sahaja, tanpa merujuk pada mana-mana Akta, Pekeliling dan Arahan-arahan yang telah dikeluarkan serta disediakan dari masa ke semasa. 

p/s : Nasib baik aku dapat 'Terbaik' dalam Pengajian Am semasa STPM dulu. Syukurrrrrr Alhamdulilah.

'theFLAME
ThePhotoBlogger. 

14 comments:

  1. Payah juga bila tanya semua pakat tak tahu, atau mmg tak tahu…. Alhamdulilah juga ada Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Damansara. TQ to Miss yang lawa tu. & tak di lupakan juga Elly Salleh yang dok teman saya lunch tadi. huhuhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Suka dengan artikel nih.... sebagai petugas kaunter maki hamun ni memang pernah kena.. tapi memikirkan tanggungjawab sebagai warga awam...sabar je lah.. namun sbg manusia biasa setakat mana agaknya kita ble bersabar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ nur..... No komen on that.... but, melayan kerenah pesakit di rumah sakit, lebih mudah dari melayan pekerja rumah sakit, yang lebih hebat dari rumah yang mmg untuk orang sakit. Last-last kita yang sakit.... sabar jer la.

      Delete
    2. Hehehe. . Betul tu, last2 kita yg sakit. Nk minta jasa baik tuan buat lagi artikel pasal wargasing. Kali ni situasi, warganegara berkahwin dgn wargasing di luar negara tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan tsbt. Kiranya x ada surat nikah m'sia ler... Nk caj sbg warganegara ke wargasing? Bertugas d hospital salah satu daerah d utara , dekat plak dgn sempadan..byk kes begini berlaku. Kdg2 x pasti cm na nk menanganinya.

      Delete
  3. mmmmm Nur.... baca artikel ni http://asishoot.blogspot.com/2012/03/dah-kawin-kena-la-pandai-urus-betul-tak_03.html segalanya ada di sini. Gunakan surat pekeliling tu untuk segala jawapannya.

    Salam

    ReplyDelete
  4. TQ... artikel tu memang terbaik...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.
    Sye ingin bertanya dan kepastian.
    Sye warganegara,tp wife sye bukan.Soon dlm Nov 2015,wife sye date due.Kite org bercadang utk delivery dkt gov.hospital.Adakah surat pekeliling mcm "kes 1" tu masih valid atau ade penukaran?Dan kos delivery,akn dikenakan seperti utk warganegara?
    TQ in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Fakrul Nazim,
      - Tahniah di atas kelahiran ahli keluarga baru saudara.
      - Nov 2015, dah dekat tu... persiapan dah diwujudkan doa dari saya la.
      - Sebagai ibubapa kepada 2 putra dan 2 putri saya cukup merasai bagaimana rasanya kegirangan seorang bapa seperti saudara.

      - Maaf lambat reply, saya semenjak meninggalkan amanah di Hospital saya telah bertukar ke Kementerian lain. Takper, rasanya minda masih ligat menulis kot....

      - Sepanjang saya bertugas sebagai kakitangan awam, pekeliling-pekeliling ini tidak ada perubahan. ini kerana ianya sebagai kitab semua pemegang amanah negara.

      Dokumen Penting : Surat Pengesahan Pernikahan / Surat Nikah Yang Didaftarkan Di Malaysia, Kad Pengenalan Pasangan, Buku Pasport.

      Rujukan : Surat Pekeliling Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia & Akta Fi.

      Tahniah dan selamat menyambut ahli keluarga baru.

      Delete
  6. assalamualaikum.
    adakah maksudnya jika isteri(Indonesia) saya dah daftar pernikahan kat Malaysia, caj bersalin akan ikut caj warganegara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Haqkim... Bawa Surat Pengesahan Pernikahan yg telah didaftarkan di Malaysia, kad pengenalan suami & buku pasport isteri.
      - Caj akan mengikut Suami sebagai warga negara begitu juga anak Tuan. Insya Allah sekiranya tiada pekeliling berubah. & sentiasa buat rawatan rujukan dan susulan di klinik kerajaan ... Untuk rekod.
      - Selamat menyambut saudara kelahiran.
      - Maaf lambat reply, saya bertukar kementerian lagi .... Almaklum kerja gomen.

      Delete
  7. tumpang tanya,bila kita dh dptkan surat nikah dari malaysia(isteri org indonesia)terus boleh dpt caj seperti org warga negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azrul,
      Terima kasih atas soalan.
      1. Surat nikah dari Malaysia (maksudnya Surat Nikah Jabatan Agama sesebuah negeri di Malaysia la kan)
      2. Walaupun dah lama tidak menjalankan amanah di Hospital saya cuba jawab juga la yerk.
      - sepanjang saya menjalankan tugas di Hospital suatu ketika dahulu, surat pengesahan perkahwinan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri-negeri di mana seseorang itu telah melakukan pernikahan.
      - Sepastinya ianya sah dan disahkan oleh Jabatan Agama negeri berkaitan.
      - Tunjukkan surat tersebut ke kaunter pendaftaran/bayaran, semasa membuat pendaftaran ataupun bayaran... Buat salinan kalau perlu untuk petugas kaunter tak la ke hulu ke hilir nanti. Kalau nak bawa yang asal takut staff kaunter tu nak juga tengok, jangan hilang sudah. Insya Allah pasti tiada masalah.
      - Dalam sistem berkomputer di hospital-hospital, dokumentasi utama adalah sijil nikah bagi isteri (mestilah bersama pasport isteri dan kad pengenalan suami).
      - Semoga segalanya dipermudahkan, doa saya buat Tuan.
      - Harap saya menjawab soalan En. Azrul yerk

      Delete
  8. saya jg ingin bertanya suami saya org i donesia dan sy org malaysia dan mempunyai jaminan isteri.tp sekarang duami sy mgidap pyakit jantung dan perlu mnjalani pembedahan..tp dktr cas kami sbgai warga asing dg biaya 70rbu ringgit..dab sy tdak bole memohon kebajikan krna suami pasport.

    ReplyDelete
  9. Saye warga asing kawin dgn warga tempatan malaysia.waktu mengandung smpi bersalin caj sama dgn warga malaysia
    Klu sy pergi klinik kerajaan misal sakit demam sebagai pesakit luar apakah caj sama dgn warga tempatan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...