Malaysia Web Hosting

Friday, June 17, 2011

Tips Beli Cenderahati Percutian

"Suka bercuti tak?"
"Mestila….. Tipulah kalau kita katakan kita tak suka. Bayangkan ada orang sanggup ambil cuti sakit (kalau cuti tahunan tak lulus) semata-mata untuk bercuti bersama keluarga."
Tergelak saya mendengar jawapan itu, dari mulut isteri kesayangan saya Elly Salleh. Namun, apa yang membuat ianya abadi selain dari sekeping gambar (yang tidak dicetakkan pun.)

Untuk dikongsikan, saya 'post'kan berikut, sedikit "Tips-tips Pembelian Cenderahati Percutian" untuk kegunaan bersama.

Tips Pembelian Cenderahati Semasa Percutian

Bagi setiap percutian saya di mana sahaja, saya akan membeli cenderahati untuk peribadi dan kawan-kawan sesuatu yang  :-
1.  Ringkas tapi penuh bermakna.
  • Contohnya, "Hiasan Bermagnet untuk peti sejuk." Kenapa ? Ianya cukup mudah didapati di Pasar-pasar budaya di sesuatu tempat di lawat.
2.  Ringan dan tidak membebankan untuk membawanya kembali.
  • Berat sesuatu cenderahati merupakan perkara penting.  Kita tidak akan menambah beban atau berat beg untuk sesuatu percutian, bukan.  Pengantung kunci, Hiasan Bermagnet dan Penanda Buku, tidaklah menambah berat beg kita.  cenderahati yang berat juga akan menyukarkan pergerakan kita ke destinasi-destinasi yang seterusnya. (sekiranya ada destinasi kedua dan ketiga.)
3.  Kosnya tidaklah membebankan.
  • Dalam setiap perjalanan, kos perjalanan merupakan sesuatu yang perlu dijaga.  Pembelian cenderahati yang mahal akan mengundang pembaziran yang berlebihan buat kita.  Malah, poket boleh kosong bila kita berjumpa sesuatu yang lebih bermakna untuk simpanan kita.  
4.  Tidak boleh didapati ditempat lain.
  • Barangan seperti Sumpit dan Tombak Kayu, meskipun terdapat di mana-mana, tapi hasilan tangan pribuminya sukar didapati pada harga yang berpatutan.  Belilah semasa kita berada ditempat dilawati.  Contoh yang terbaik ialah, Tombak Kayu juga sebagai Sumpit di Sarawak, kosnya agak tinggi berbanding ketika saya membelinya di Bandar Sibu, Sarawak.  Kualitinya juga berbeza.
  • Saya juga pernah membeli Seruling di Kapit yang terdapat Ukiran-ukiran Seni Sarawak padanya. Tak tahulah pulak, sama ada ianya kraftangan Kapit.  Apa yang penting itu, merupakan tanda, bahawa saya pernah ke sini.
5.  Menunjukkan kebudayaan tempat dilawati (hasil tangan adalah yang terbaik).
  • Semasa balik ke Sabah, Negeri Di Bawah Bayu, Elly beriya-iya sanyat nak beli tudung saju besar. Ianya saya tidak persetujui kerana kesukaran untuk menjamin keselamatan semasa membawanya.  Seorang kawan telah membelinya.  Saya hanya mencadangkan untuk Elly membeli Tudung Saji Bersaiz Kecil sebanyak 3 buah. Hari ini ianya masih tergantung di dinding rumah, tersusun cantik.  Manakala, tudung saji kawan saya, dah rosak kerana semasa perjalanan balik ianya koyak kerana terlanggar sesuatu yang tidak disengajakan oleh orang lain.
6.  Tidak Melanggar Etika Budaya Sendiri dan Tidak Mengganggu Sensitiviti.
  • Bagi orang Islam, patung tidak dibolehkan untuk disimpan dirumah bukan.  Jadi janganlah beli patung-patung, lain dipandang mata.  Budaya ini, masih digunapakai sehingga ke hari ini.  Topeng-topeng mengerikan juga saya tidak berani membelinya, kerana sensitiviti agama.  Especially, bila kita mempunyai ramai kawan yang sensitif berkaitan perkara ini.
7.  (Untuk Peribadi) Kraftangan yang menunjukkan kehadiran kita di tempat dilawati. (Seperti gambar di atas.)
  • Saya paling suka kraftangan sebegini.  Kraftangan sebegini akan tertulis nama, dan tempat kita lawati.  (Dan jangan lupa mengabadikannya dalam bentuk portriat.)
8.  Ada masanya, saya akan membeli buku berkaitan lokasi-lokasi pelancongan atau peta-peta tempat saya lawati.  (Ini kerana ianya akan sentiasa berubah dari masa ke semasa.)

Okey kan?  Nilaikanlah untuk kegunaan lawatan anda.  Untuk, pengetahuan semua, saya tak suka untuk membeli makanan, kerana ianya memerlukan proses rumit, seperti pembungkusan.  (Lebih kilo….. alamatnya, kena caj la, lebih saiz banyak la kerenahnya.)  Gunakanlah tips ini, untuk lawatan serta percutian anda.  

Selamat melancong… Selamat bercuti.  Cuti-cuti Malaysia, segalanya ada di sana.

p/s : Kalau anda mempunyai cara pembelian sendiri, gunakanlah okey. Tapi bagi saya, tips ini merupakan tips penting untuk saya semasa bercuti. Apa tak, itulah sebagai tanda bahawa kita pernah ke sana, kan! Salam berjumpa kembali dilain 'post'.  Wassalam dari saya.

'theFLAME
ThePhotoBlogger

1 comment:

  1. Buat lawatan ke Sabah…. kami tempah nama ni dengan harga tidak sampai RM10.00. Di Street Market of Jalan Gaya aka Gaya Street (Ianya dibuka setiap hari Ahad). Sebelah malam, di Pasar Malam Kg Air, Depan Wisma Dang Bandang, sebelah Maybank.

    Cuti-cuti Malaysia, segalanya ada di sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...