Malaysia Web Hosting

Wednesday, May 4, 2011

Pengurusan Majlis Harijadi (Cara Kami, Gaya Kami…...)

framing some moment : happy 4th birthday e'ziq by 'theFLAMEs' SNAP Galleries

3 Mei 2011, semalam, genap sudah 4 tahun usia Emran Haziq Bin A Halim @ Abdul Halim.  Sepetah bercakap ini, cukup gembira apabila sambutan kecil-kecilannya disambut dengan sederhana dan meriah.

Kegembiraannya terasa, apabila pagi-pagi lagi selepas saya memulakan kerja di pejabat, dideringkan dengan telefon bimbitku berserta sambutan "Hello…. Papa, tak nak wish kat E'ZiQ ker?" (Elly juga mengakuinya begitu, dengan panggilan seawal waktu kerja di pejabat, malah lebih dahulu dari panggilan kepadaku sendiri. Huh!!!!!! Anak mama betul.)

Kegembiraan ini jelas terpancar pada dirinya yang lebih ceria melalui telefon pagi semalam. Almaklumlah, tarikh 3 Mei merupakan tarikh :-
  1. Tarikh Hari Lahirnya yang wajib kami raikan. (Begitu juga, dengan anak-anak lain seperti Aina, E'KiM dan Ariyana)
  2. Hari "Pow" Papa, Mama, Kakak, Abang dan Adik.
  3. Hari di mana Papa, Mama, Kakak, E'KiM dan Adik (walaupun kecik,asyik dok tanya adik nak bagi apa) serta Bibik kena beli Hadiah.
  4. Hari di mana Mama kena masak atau beli kek.
  5. Hari di mana perkataan yang sering terucap seharian ialah "Kek" dan "Hadiah".

The Family Choice "Secret Recipe : Butterscotch Cake" : Image By 'theFLAME 2011 ©
Semalam juga kami sekeluarga menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi, Happy Birthday To You" dengan petikan gitar aquastik papa. (Sori takde yang sempat nak gambar) pasal takde tukang gambarnye.

"E'ZiQ & Papa" : Image By Elly Salleh 2011 © 
Semalam juga, mama buat ucapan pendek "E'ZiQ!!!!! Ini upah kedewasaan , Upah Jaga Adik Yana, dan Upah jadi budak yang baik."

"E'ZiQ & Mama" : Image By 'theFLAME 2011 ©
Diselang-seli dengan helai-tawa, kami menjamu kek "Secret Recipe" dan juadah ringkas Elly kue-teow goreng basah udang dan sedikit kuih muih serta sup.

"Secret Recipe : Butterscotch Cake" for E'ZiQ : Image By 'theFLAME 2011 ©
Sememangnya terbaik, walaupun ringkas.
-----o0o-----
Bagaimana kami mengatur majlis ringkas, meriah dan mengamit kenangan abadi untuk setiap ahli keluarga ini?  Cukup mudah.  

"Meriahnya…Keluarga" : Image By 'theFLAME 2011 ©
Meriahnya ….. Mereka (Aina, E'ZiQ & E'KiM) : Image By 'theFLAME 2011 ©
"Cara kami gaya kami…."

Tips mengatur perancangan menguruskan majlis hari jadi/hari lahir ini, saya ingin kongsikan bersama buat semua, semoga ianya berguna untuk semua pembaca sebagai sedikit panduan untuk meraikannya bersama keluarga.  Bak kata saya, "Cara Kami, Gaya Kami…"  Selamat membaca, dan mungkin ianya berguna untuk semua.
Pengurusan Majlis Hari Lahir/Hari Jadi "Cara Kami, Gaya Kami"
Perancangan Takwim Keluarga
  • Setiap Harijadi/Hari Lahir akan sentiasa tercatat di dalam diari keluarga ataupun peribadi.  (Semua orang sepastinya melakukan sebegitu bukan.)
  • Bagi kami, ianya dirancang seawal mungkin bagi mengelakkan ianya terlupa untuk diraikan.  Dari sini segala perancangan kewangan akan disediakan, termasuk harijadi orang gaji saya sendiri. (Dia pun orang jugakan, Orang Gaji juga mempunyai perasaan untuk diraikan. Sekurang-kurangnya oleh kita.  Dah 5 tahun dia menyambut harijadinya bersama keluarga kami.) 
Perancangan Kewangan Seawal Tahun
  • Yang ini adalah yang saya katakan "Cara Kami, Gaya Kami".  Kewangan akan dikumpulkan sepanjang tahun sebanyak mungkin mengikut sambutan dan jemputan.  Masing-masing akan membuat pemotongan gaji bagi saya dan Elly, manakala, bagi Aina dan Hakim pemotongan melalui elaun mingguan sebanyak RM1 seminggu.  Bagi Ariyana kami terpaksalah tampung.  Bagi Orang Gaji saya kami, ikut kemampuannya. (Yang penting semua ada sumbangan.)
  • Dari sinilah sumber kewangan untuk perbelanjaan Hadiah, Kek, Makanan, dan segalanya.  Kalau nak beli agak mahal sedikit kena tambah duit sendiri.  Yang Penting hadiah seorang satu kena ada. Maksudnya dalam majlis keluarga kami sekurang-kurangnya ada 5 hadiah bagi setiap majlis. 
Perancangan Tempat Majlis Akan Diadakan
  • Kebiasaannya, Majlis akan diadakan di rumah sahaja.  Ini kerana, sekiranya jemputan hadir, laman boleh digunakan, ruang tamu boleh dioptimakan penggunaannya.  Kami cuba mengelakkan majlis-majlis luar kerana kos akan bertambah. (Sekiranya, ianya bertepatan dengan sambutan Hari Raya, ianya disatukan dengan Majlis Rumah Terbuka.  Sekiranya, ia berlaku pada Hari Kelepasan Am, upacara/majlis lebih tertumpu kepada piknik bersama keluarga di luar.)
  • Hari ini keluarga kami lebih suka mengadakannya di rumah sahaja, kerana kos, cuaca, situasi, dan jemputan mudah menghadiri. 
Perancangan Makanan Untuk Majlis
  • Makanan pilihan atau kek pilihan ditentukan oleh empunya Majlis dan ianya dirancang seawal dua bulan sebelum majlis.
Perancangan Jemputan Majlis
  • Ianya ditentukan oleh empunya majlis seawal dua bulan.  Ini bagi memastikan semua yang patut hadir dan dapat makan. ( Kang kalau tak makan lain la pulak ceritanya. ) Potongan pula, akan ditambah, sekiranya jumlah jemputan agak ramai. (kes takut tak dapat makan tu.)  (Note : Makin banyak jemputan, makin banyaklah potongan bulanannyer).
  • Jemputan kanak-kanak akan diasingkan, bagi mengelakkan suasana yang kelam-kabut.
Perancangan Pemberian Ole-Ole Harijadi
  • Hanya diberikan sekali sahaja semasa majlis oleh empunya harijadi, bagi mengelakkan pemberian yang berulang. Biasanya, pihak keluarga kami akan menyerahkan kad jemputan dan 'tag atau kupon' kepada jemputan kanak-kanak (sama ada secara terus kepada kawan-kawan anak-anak, ataupun kepada ibubapa). 'Tag atau kupon' ini akan digunakan sebagai gantian Ole-Ole sebelum balik dari majlis yang diadakan. (Jadi, jangan hilang 'tag atau kupon' ni yerk.)
Peralatan Pinggan Mangkuk Majlis
  • Hanya Polisterin sahaja digunakan bagi Majlis yang agak besar. (Pembelian menggunakan tabungan awal tahun).  Bagi Majlis kecil-kecilan dan keluarga sahaja, pinggan-pinggan kegunaan harian akan digunakan.
  • Pinggan dan Cawan Polisterin agak selamat digunakan bagi majlis besar, kerana keselamatan.  Kaca mudah pecah dan berbahaya. 
Perancangan Untuk Kemeriahan
  • Muzik-muzik salingan, selang-seli dengan instrumental digunakan bagi menghidupkan majlis.  (Bagi Hakim lagu-lagu Naruto adalah wajib, so kena selang-selikan lah juga.)

Perancangan Keseluruhan Majlis
  • Masa ketibaan jemputan dan tamat majlis (sekiranya adanya jemputan-jemputan) hendaklah ditetapkan.  Pastikan masa untuk berkemas selepas majlis selewat-lewatnya sebelum malam tiba.  Ini faktor keletihan perlulah diutamakan.  Selepas waktu tu, alamat makanan dah stop produce la.  (Yang ni kena notify kat dalam kad jemputan.)
Itulah sedikit tips "Cara Kami, Gaya Kami" mengatur majlis-majlis kecil keluarga dan sedikit jemputan.  Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar sepanjang kami meraikan majlis kelahiran dan majlis-majlis lain. Kos yang rendah, kehadiran yang memuaskan, meriah dan mengabadikan kenangan.
-----o0o-----
Terima kasih kepada yang pernah dan sudi hadir.  Kebanyakkan orang yang hadir akan tanya Elly favorite Mee Bandung Muar dan Kek.  Sedap ke??????  Memang sedap.  Itulah sentuhan "Elly's Kitchen."

Akhir kata, salam buat semua.  Buat Majlis Birthday E'ZiQ…. tiada jemputan luar, pasal katanya dia takde kawan kat luar, tahun depan baru ada kot. (Next Year masuk Tadika).

"My Little E'ZiQ, Now Is 4 Years Old" : Image By 'theFLAME 2011 ©
Family Get Together Gather: Image By 'theFLAME 2011 ©
Saya bangga dengan "Cara Kami, Gaya Kami…. Menguruskan Majlis Kecil-kecilan buat keluarga."  Semoga boleh dijadikan pedoman bersama, buat semua.  Nasihat saya, "Uruskanlah Majlis anda lebih teratur dan proffesional.  Jangan Kelam-kabut…. Buat Perancang Awal… Insyallah segalanya akan lebih teratur, terancang dan menjadi abadi."  Salam…….

p/s : mmmmm komen anda boleh dijadikan yang terbaik buat kita bersama.  Sudi-sudikanlah melontarkan komen membina anda untuk kegunaan bersama.

The PhotoBlogger

2 comments:

  1. korang nie mmg happy family :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih….. Alhamdulilah Rahmat Allah swt…. Anda juga boleh tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...