Malaysia Web Hosting

Saturday, May 7, 2011

Seronoknya Riadah, Bagaimana?

Semasa menghadiri latihan bola tampar sempena hari sukan organisasi semalam (05 Mei 2011), saya disapa seseorang yang saya sendiri tidak mengenali namanya. Almaklumlah, organisasi tempat saya berkerja ni besar "juga" (hahahahaha bukan besar "juga", tapi selayaknya besar "sangat.") menyebabkan saya tidak mengenali hampir kesemua warganya.

Panjang juga sembangnya, diselang seli dengan gelak tawa sikit. (Macam dah lama kenal pulak).
"Encik, suka blogging yerk ?"
"Yer…. suka-suka saja.
"Selalu saya follow, cerita blog "Sentuhan Listrikku", Encik tu…. best juga. Just nak minta opinion la. Boleh ker Encik bagi cadangan macam mana nak buat riadah keluarga saya lebih "fun", yerk."
Saya ucapkan "Terima Kasih" dan tersenyum malu dengan pertanyaan macam tu. Saya bukannya pakar pun. Tak langsung hebat manapun.  Namun, untuk tidak mengecewakannya, saya bagi sedikit Tips-Tips Keseronokan Berbasikal (Beriadah) Keluarga saya untuk panduan orang yang saya tidak kenali ini. Maybe berguna buatnya dan keluarga (Saya harap la.)

Okeylah…..

Tips-Tips Keseronokan Berbasikal (Beriadah) Keluarga

Setiap riadah mestilah disulami dengan keseronokan. Tanpa keseronokan, riadah yang kita lakukan akan lesu tanpa kepuasan. Umumnya bagi saya, keseronokan riadah merupakan kepuasan keluarga.

Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
Di sini saya kongsikan sedikit keseronokan riadah keluarga dan tips penting keseronokan riadah saya untuk semua. Saya lebih memfokuskan kepada riadah berbasikal keluarga, yang menjadi riadah keluarga saya sekian lama.  Bagi saya, riadah keluarga hendaklah dibajai dengan perkara-perkara berikut (bagi memastikan keseronokannya) :-
Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
Kesepakatan Keluarga, Perancangan dan Kesihatan.
  • Kesefahaman Sesama Keluarga
  1. Kesefahaman adalah penting dalam setiap aktiviti sesebuah keluarga.  Tanpa kesefahaman, segalanya akan susah kita jayakan.  Ini terutamanya semasa menjalankan aktiviti.  Bagi saya dan keluarga, kesefahaman dari segi siapa berada di bahagian hadapan, bahagian belakang dan bahagian tengah adalah penting.  Ini kerana, ia adalah berguna bagi memastikan kelajuan kayuhan semasa berbasikal.
  2. Di samping itu, kesefahaman juga menjamin keselamatan. Keselamatan ahli keluarga dapat dipastikan sekiranya persefahaman yang baik berlaku.  Contoh terbaik adalah, jarak selamat semasa berkayuh.  Mengayuh pada jarak yang rapat akan mengundang perlanggaran dan dan kerosakan kepada peralatan yang digunakan. 
  • Penyertaan Ahli Keluarga
  1. Apapun aktiviti, penyertaan ahli keluarga adalah penting, ini kerana ia merupakan riadah keluarga.  Pastikan ahli keluarga terlibat dalam aktiviti ini.  (Bukan hanya terlibat, tetapi menyukainya.) 
  2. Elakkan dari memaksa ahli keluarga terlibat.  (Seperti saya katakan dalam pengisian blog lepas, pemilihan untuk penglibatan aktiviti hendaklah dilakukan lebih awal)
  • Perancangan Perjalanan Aktiviti
  1. Perancangan Perjalanan Aktiviti hendaklah diatur dari awal perjalanan sehinggalah ke hujung perjalanan.  Biarlah perjalanan, yang kita rancang akan melalui pemandangan yang menarik yang kita ketahui, cabaran yang tidak berat untuk keluarga, mempunyai kawasan rehat untuk ahli keluarga berehat sekiranya berasa penat, atau mempunyai warung atau kedai minum di antara destinasi (bagi melepaskan dahaga).
  • Kesihatan Mengizinkan
  1. Pastikan Kesihatan (Ahli Keluarga) Mengizinkan sebelum memulakan perjalanan.  Aktiviti tidak boleh dijalankan sekiranya, terdapat ahli keluarga yang kurang sihat.  Tangguhkan aktiviti tersebut, sekiranya terdapat ahli keluarga yang kurang sihat.  Seperti saya katakan awal-awal tadi, ini adalah aktiviti keluarga.  Dan, jangan lupa untuk maklumkan kepada ahli keluarga yang terlibat.
Wujudkan Pertandingan Kecil Sesama Ahli Keluarga.
Ini merupakan perkara wajib untuk menarik minat ahli keluarga terlibat di dalam aktiviti ini. Kebiasaannya, kami akan memastikan setiap aktiviti riadah diwujudkan pertandingan-pertandingan kecil, bagi memotivasikan setiap isi keluarga yang terlibat.  Hadiahnya, tidaklah perlu besar, cukup dengan membeli buku-buku bacaan buat anak-anak, atau menyediakan masakan kegemaran untuk anak-anak.  (Ibubapa, tak payah la beria-ia nak menang, nanti tak ada pula nak berkayuh dengan kita, esok lusanya.)
Buatlah Kayuhan Bersama-Sama
Buatlah kayuhan bersama-sama semasa aktiviti.  Janganlah kita tinggalkan ahli keluarga, kerana nak menang.  Lagipun, sponsornya sudah tentunya kitakan. Ini bagi memastikan keselamatan setiap ahli keluarga, dan ahli keluarga tidak berasa letih mengejar kita yang mungkin dan terlalu HEBAT dalam aktiviti tersebut.  Di sinilah pentingnya jarak keselamatan semasa mengayuh basikal.
Elakkan Aktiviti Yang Terlalu Lama.
Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa bosan, elakkan aktiviti yang terlalu lama.  Bagi saya, saya memilih untuk mengayuh selama 2 hingga 2 1/2 jam sahaja.  (Perlu diingat, ini adalah riadah bersama.)  Keletihan yang keterlaluan akan membosankan, menyebabkan ahli keluarga kurang seronok dan berkemungkinan besar mereka tidak akan ingin terlibat lagi.  Keletihan juga menyebabkan kerja rumah anak-anak tak siap pulak dimalam nanti.
Rehat, Jika Salah Seorang Ahli Keluarga Penat.
Riadah sebegini adalah meletihkan, bagi anak-anak.  Saya cadangkan agar ajaklah keluarga berehat, sekiranya mereka kelihatan letih.  Sambil meneguk bekalan air serta menghirup udara segar pagi dan memerhati sekeliling kita.  Ambillah masa sebegini untuk bersembang-sembang dengan ahli keluarga. Bagi saya, saya elakkan bercerita perihal kerja yang membosankan.  Perhatikan juga basikal yang mereka gunakan sama ada berfungsi dengan baik.
Sembang-Sembang Sambil Mengayuh atau Berehat.
Semasa berehat atau sambil mengayuh tu, ajaklah ahli keluarga bersembang-sembang untuk memastikan kebosanan ahli keluarga semasa mengayuh.  Berceritalah, cerita-cerita yang menyeronokan semua pihak.
Di Destinasi Akhir Ajak Keluarga Bersarapan Bersama.
Kebiasaannya, saya akan mengambil sarapan ringan (bijirin) bersama keluarga, sebelum keluar untuk beraktiviti.  Pada akhir destinasi, saya suka mengajak keluarga bersarapan di kedai, warung ataupun di rumah selepas riadah dan membersihkan peralatan-peralatan riadah.  Ini akan lebih mengakrabkan kekeluargaan kerana segalanya dilakukan secara bersama.
Videokan atau Ambil Gambar Aktiviti
Ini merupakan perkara penting, bagi sebarang aktiviti terutamanya aktiviti-aktiviti keluarga.  Abadikan aktiviti kita sebagai kenang-kenangan.  Dengan pengabadian aktiviti riadah, ia menambah keseronokan riadah sesebuah keluarga.  Ianya boleh ditonton, diframekan dan dijadikan kenangan untuk keluarga suatu masa nanti.
Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
Cycling : Passionate Plus Energy a photo by 'theFLAMEs' SNAP Galleries on Flickr.
Pendek dan ringkas penerangannya.  Walau apapun, itulah serba ringkas, yang sempat saya bualkan bersama sahabat semalam.  Tips-tips tu, saya tujukan ikhlas untuknya, juga sahabat pembaca semua.  Andaikata ianya berguna, saya dengan tangan terbuka berkongsi dengan sesiapa sahaja.  Biasalah, "SHARING is CARING" kan.

Kesudahan sembang-sembang kecil tu, berakhir dengan saya, terpaksa balik ke rumah kerana jam dah menunjukkan pukul 7:00 malam.  Risau pula si Elly dan budak-budak kat rumah tu nanti.  Lagipun, dah hampir waktu maghrib, pelik pula dipandang orang.  Sedihnya, saya tak sempat nak tanya nama kawan ni.  (Dah kelam kabut nak balik, nak tanya pun tak sempat, tak pe, nanti dekat pejabat saya yang bertingkat sembilan dan besar seluas 3 padang bola tu saya akan tanya namanya.  Kalau jumpa lagi.)

Apa-apapun, keseronokan adalah datang dari kreativiti kita sendiri.

Selamat Membaca dan Mencuba.

p/s : mmmmm komen anda rasanya yang terbaik buat kita bersama.  Untuk gambar-gambar yang lebih terang dan lebih menarik, sudi-sudikan bertandang ke flickr saya.  Jangan lupa komen sekali disitu yerk.

The PhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...