Malaysia Web Hosting

Tuesday, April 26, 2011

Kata Orang "The Making of Get Dirt @FRIM : Kepong "


Gambar yang saya lampirkan bersama pengisian 'post' di atas, menyebabkan saya didatangi dengan soalan ringkas dari seorang 'follower' Facebook saya.  Soalannya mudah sahaja dan seperti berikut :-
"bro... lu pakai cam. apa bro (nak dapatkan gambar/moment ini)? body? lense?"

Menterjemahkan maksud soalan ini, menyebabkan saya terdiam dan termenung seketika, "Apakah maksudnya soalan yang diutarakan ?"  Lagi pun siapa saya seorang insan sekerdil ini dalam menterjemahkan hasil dan nukilan seni yang tinggi mertabatnya di mata ramai jurugambar-jurugambar di luar sana, termasuklah mereka-mereka yang agung dengan peralatan yang teramat canggih.

Bagi seorang yang sukakan aksi-aksi lasak, sukan dan 'moment' saya banyak terlibat dengan pengambaran sebegini.  Kadang-kalanya berbayar, malah ada yang ala-ala sistem jualan 'barter' sahaja. Untuk tidak mengecewakan (bak kata orang, buat apa kedekut ilmu), saya nyatakan satu persatu peralatan yang saya gunakan serta 'setting' yang telah saya lakukan dalam mendapatkan 'outcome' dan rakaman aksi di atas.

Okeylah, peralatan yang saya gunakan adalah :-
  1. Kamera : Nikon DSLR D3s - kerana kelebihan dalam "frame" sesaat dalam melakukan rakaman objek. (Kadang-kala untuk gambar sebegini saya gunakan NIKON DSLR D90 sahaja, jadi tidak semestinya mempunyai kamera yang canggih sangat.)
  2. Lens : Nikon AF Nikkor 50mm f/1.8D - saya memilih lens ini kerana ia lebih ringkas, ringan untuk dipadankan dengan kamera NIKON DSLR D3s. (Bagi aktiviti yang lebih lasak saya akan menggunakan lens AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200 f/2.8G IF-ED bersama "Monopod", ini kerana bagi mengelakkan kepelbagaian mungkin termasuk tragedi yang tidak dingini.)
'Setting' yang saya gunakan adalah :- 
  1. Mode : All Manual 
  2. ISO : L1.0 (100) 
  3. Focal Length : 50 mm
  4. Exposure Compensation : 1EV
  5. Aperture : f/1.8
  6. Shutter Speed : 1/100
  7. Shooting : RAW
  8. White Balance : Auto
Tips tambahan untuk pengambaran ini :-
  1. Sentiasa bersedia untuk memastikan kita tidak terlepas dalam merakamkan semua aksi-aksi yang menarik.
  2. Posisi : Sentiasa berada pada "low angle" untuk mendapatkan komposisi terbaik sesuatu subjek.
  3. Peralatan Tambahan : Gunakan "Monopod", sekiranya perlu….. ("Tripod" saya tidak gunakan dalam aktiviti lasak sebegini kerana berat untuk dibawa ke sana ke mari.
  4. Lain-lain peralatan perlu : "Camera Rain Coat" (Kamera merupakan peralatan serta permainan yang cukup mahal buat saya, ini termasuklah lens-lens yang bakal saya gunakan, jadi "rain coat" adalah penting bagi menjaga keselamatannya dan Baju Hujan adalah untuk kita sendiri, bagi mengelakkan diri kita basah semasa melakukan rakaman dan pengambaran. (Mengelakkan dari demam, kang kalau demam sapa susah….. kalau tak kita, orang rumah mesti mengamuk punya.)
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar, untuk sisi pengambaran ini.  Rakaman gambar-gambar ini ada terdapat di dalam Flickr : Snap Galleries saya untuk lawatan semua pengunjung yang berminat.

p/s : saya suka komen membina tuan/puan di dalam perkara berkaitan photo untuk  mempertingkatkan serta menjana ilmu-ilmu fotografi saya.  Jadi jangan lupa!!!!! nyatakan komen anda kerana komen anda adalah sesuatu yang terbaik untuk membina serta menjana hasil rakaman terbaik saya.

Wassalam.

'theFLAME
ThePhotoBlogger.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...