Malaysia Web Hosting

Monday, April 25, 2011

Get Dirt @FRIM : Kepong


Pagi MC kerana kepayahan semalam. 

"Get Dirt@FIRM : Kepong" pergh cukup memayahkan. Disitu dengan "Kerja-Kerja Amal", situ dengan tak bawah air minum (lupa), situ dengan lupa tayar basikal, situ dengan lupa kasut.

Bagi saya yang bukanlah pertama kali layan benda ni, tergolek 2 kali masa menuruni bukit dan layan "corner". Sekali "out of control" tersonggok dengan "sit-pose" yang da rendah dah masa menuruni bukit. Ditambah lagi dengan "dehydration" yag berlebihan kerana terlupa bawa air (konon, tak payah bawa air, "last-last" terpaksa pau air kawan). Akibatnya hari ni MC duduk rumah tahan sakit perut semalam.






Apa-apa pun segalanya pasti ada pengajarannya. Mungkin tips berikut berguna untuk para "rider" yang menyukai aktiviti lasak sebegini. Semoga ianya berguna buat semua…… (Oh yer… saya bukanlah pro sangat pun, just nak share apa yang saya rasa perlu untuk pembaca… mungkin ianya perkara asas, tapi terbaik untuk dikongsikan.)  Kalau nak yang lebih canggih dan hebat boleh anda "google"kan di dalam internet anda.

Sebelum Aktiviti (Bagi Diri Sendiri):-
  1. Cukupkan rehat termasuk tidur.  Perjalanan yang jauh memerlukan rehat yang secukupnya.
  2. Ambillah sarapan pagi yang berkhasiat dan ringan sebelum perjalanan.  (jangan tak "breakfast").
  3. Buat persiapan dari segi alat-alat "first aids". (seperti "Yoko-yoko" dan "plaster" (kalau ada melecet nanti)).
  4. Bawa Air Minum (sekurang-kurangnya 1.5 liter) takut karang "dehydration" susah lak.
  5. Pakailah pakaian yang sesuai untuk aktiviti, yang boleh menjamin keselamatan pada segala tragedi yang mungkin. 
Semasa Aktiviti :- 
  1. Buat senaman ringan sebelum aktiviti (Datang awal, so boleh la "starching" sikit, kan. Kalau sempat pergi amik "breakfast" ringan. Dan kalau sempat lagi berkenalanlah dengan ahli-ahli kumpulan yang mungkin baru kita kenal.) 
  2. Pastikan basikal anda mempunyai angin yang mencukupi dan sesuai dengan aktiviti.. (setiap aktiviti mempunyai tekanan tayar yang berbeza depan dan belakang.) 
  3. Pastikan tekan 'suspension' depan dan belakang mempunyai tekanan yang bersesuaian dengan berat badan.  (Nanti meletup pulak, 'suspension' tu).
  4. Pastikan 'Grip' brek berfungsi, dan mempunyai cengkaman yang baik.
  5. Pilihlah tayar yang sesuai bagi setiap aktiviti.  Kalau dan buat "Freeride" tu kena la tayar yang mempunyai bunga yang lebar, nak-naknya bila buat "Anti Gravity" atau "Downhill" walaupun "simple" jerk.
  6. Gunakan kasut yang bersesuaian. Lembut dan mudah untuk kita bergerak.
  7. Sentiasa berada bersama kumpulan, dan jangan terlalu jauh dari kumpulan. (Kalau apa-apa berlaku sekurang-kurang kawan ada / boleh membantu.)
  8. Penggunaan "gear" hendaklah betul. (Banyak membantu dalam penggunaan tenaga dalam aktiviti).
  9. Posisi tempat duduk yang betul. (Contohnya bagi menuruni bukit, Posisi Tempat duduk hendaklah direndahkan bagi mengelakkan kecederaan yang teruk semasa aktiviti.)
  10. Alat keselamatan hendaklah digunakan, seperti :- Sarung Tangan ("Full Glove"), sarung muka yang bersesuaian ("Mask"), "Goggle" atau Cermin Mata, Pengikat Cermin Mata (bagi yang memakai cermin mata), "Body Pad aka Chest Amour", "Pad" Lutut, "Pad" Siku dan "Pad" Bukulali.
  11. Sentiasa membawa makanan stamina semasa aktiviti, seperti "chocolate bar", roti-roti pun boleh.
  12. Rehat ambil tenaga kalau rasa penat.
Selepas Aktiviti :-
  1. Rehat (sekurang-kurang 5 minit) sebentar sebelum minum air.  Ambil nafas.
  2. Pandang pemandangan sekeliling. 
  3. Berteduh ditempat redup, mengelakkan "dehydration" yag berlebihan.
  4. Minum air untuk menambah tenaga semula.
  5. Bersihkan diri, kalau ada kecederaan semasa aktiviti tadi bersihkan dengan air yang bersih.
  6. Lepas tu, bersihkan tanggan…. dan ambillah makan yang inginkan perlahan-lahan. Jangan gelojoh… kang tercekik, pulak. 

p/s : bagi peralatan saya. akan saya ceritakan pada cerita akan datang…. saya nyatakan juga kenapa saya memilihnya. Setinggi penghargaan buat Bro Misran, Tapa, CC.K & Hasrul atas jemput aktiviti semalam di FRIM Kepong. Rasa nak pecah dada layan benda ni.



ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...