Malaysia Web Hosting

Wednesday, April 20, 2011

Kenapa Kumemilih Nombor Pendaftaran Kenderaan "3539"?

Ramai juga tertanya-tanya kenapa nombor "3539" penuh bernama bagiku, bukan…….

Okeylah, oleh kerana pertanyaan demi pertanyaan disuarakan, jawapan juga akan kuberikan.  Mungkin juga 'Tip" serta panduan dalam mendapatkan nombor terbaik untuk diri sendiri.  Rasanya elok juga dikongsikan bersama.  Disamping itu, ini jugalah strategi pemasaran yang kubuat dalam mendapatkan jualan kenderaan suatu ketika dahulu (semasa menjadi jurujual kereta nasional).

Dalam keinginan mendapatkan nombor penuh abadi…. telefon bimbit lama menjadi rujukan saya.  (Kalau telefon baru boleh juga).

"3539" bermaksud "ELEY"…. nama sebenar "My Beloved Elly".  Rasanya suatu yang abadi sekiranya, nama isteri tersayang digunakan sebagai nombor kenderaan.  Ia mengangkat kaum isteri sebagai permaisuri hati, dalam mana ia dibawa kemana-mana.

Kenapa, saya terjemahkan "ELEY" sebagai "3539"?

"Illustrasi Butang Telefon Bimbit."
Caranya (Perhatikan butang telefon bimbit anda, yang saya contohkan seperti di bawah ) cukup mudah :-
1.  Pilih nama pilihan kita.  Contohnya, "ELEY".
2.  Lihat huruf "E" yang berada di butang bernombor "3".
3.  Seterusnya huruf "L" yang berada pada butang bernombor "5".
3.  Dan sekali lagi huruf "E" yang berada di butang nombor "3"
5.  Akhir sekali huruf "Y" yang berada di butang nombor "9".

Sekiranya, kita susun semula "ELEY" akan menjadi "3539".

Cara ini amat mudah untuk digunakan dalam memastikan kita mendapat sesuatu yang terbaik untuk 
1.  Kata kunci (Password).
2.  Nombor telefon yang mudah diingati.
3.  Nombor tertentu untuk tujuan sendiri dan memudahkan kita mengingatinya.
4.  Dan banyak lagi (malah sehinggalah kepenghafalan mata pelajaran saya suatu ketika dulu).

Selamat mengguna dari saya.

p/s : theFLAME : 84335263

ThePhotoBlogger.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...