Malaysia Web Hosting

Wednesday, April 20, 2011

'Feel of Moment' Pada 20 April 2011 (Dapat Juga Nombor Idaman (WVF 3539))

Rasanya berbaloi juga penungguan hari (selepas terpaksa mengambil cuti sehari demi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan terbaru).

"Just imagine", seharian terpaksa menunggu untuk mendapatkan nombor yang diingini.  Nombor pilihan cuma nombor biasa sahaja bagi orang lain, tapi bagi kami (terutama bagi ku) ia sememangnya bermakna 1juta peratus dalam hidupku, bagi Elly Salleh pula rasanya sekiamat dunia rasanya (my beloved Elly).

Seperti biasa bertemankan E'ZiQ kami terpaksa menunggu lebih kurang 8 jam untuk satu nombor pendaftaran.  Itupun nasib baik tidak berlarutan sehingga keesokkan harinya.  Kalau berlarutan perghhhhh!!!!!!! masaklah aku, yang tak tahu apa yag berlaku di pejabat, kerana bercuti.

"My beloved Elly" pulak yang pada mulanya, hanya bertujuan untuk menemaniku setengah hari, terpaksa bercuti sehari, demi mendapatkan 'sebuah' nombor pendaftaran kenderaan.  Elok juga pun "atleast" aku tak keseorangan dengan kehadiran mereka.

"Feel of Moment" yang menarik bila "My beloved Elly" sampai tersengok-sengok bersandar di kerusi menunggu, ditambah lagi dengan situasi terlalu mengantuk melayan Ariyana Yasmin semalaman.  

'Elly Tersengok-Sengok Layan Mengantuk'
E'ZiQ pula selepas bedal dan pau kami Pizza Hut dok ajak balik jerk…..  Dengan sifat ceria berlari kesana kemari dengan helai tawa yang memecahkan kesibukan Jabatan Pengangkutan Jalan, Cawangan Maju Junction, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"E'ZiQ Yang Mengamatkan JPJ Maju Junction Dengan Kepetahannya"
Aku pula dah tak tertahan mata melayan nombor yang dok bergerak dari angka WVE 7000 ke WVE 9999.  Tersengok-sengok juga menunggu hinggalah jam 3.00 petang (Jam 3.00 petang barulah nombor pendaftaran siri WVF dibuka kepada umum untuk tempahan dan bayaran.)

"Nombor Giliran 3119 Yang Selamanya Menjadi Kenangan."

"Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (Pindaan 1/2009)"
Dengan sekali carian, nombor pendaftaran kuberjaya. Alhamdulilah. (Kosnya tidaklah seberapa).

"Resit Tempahan Nombor Pendaftaran."


Hari ini dapat kurasakan betapa susah dan payahnya dalam mendapatkan nombor yang terbaik untuk kita.

Tips buat yang tak pernah buat tempahan nombor pendaftaran kenderaan (berurusan dengan JPJ).

  1. Pastikan nombor yang kita pilih tu jangan la terlalu menarik sangat.  Menarik sangat nanti payah pulak nak dapat, silap-silap harga "booking" sahaja dah cecah RM 300 ke RM 1,000, lagi ganas sampai puluhan ribu.
  2. Sediakan pelbagai aneka pilihan untuk kita tidak la kecewa nanti.
  3. Dapatkan komunikasi baik dengan kakitangan, termasuklah mendapatkan nombor telefon kakitangan bagi mengetahui status terkini urutan nombor.  (Kakitangan JPJ ni taklah lokek sangat nak membantu pun).
  4. Sebelum tempahan dibuka, pergilah minum dan makan, ke lepas hajat….. (huhuhuhu), supaya taklah kelam kabut semasa tempahan nanti.  ("Frankly Speaking"…. sememangnya penuh dan barisan juga panjang). Kalau terlepas giliran takut, abang kaunter tu suruh ambil nombor lagi, niaya la kita.
  5. Bila nombor dibuka untuk tempahan, cepat-cepat ambik nombor giliran.  Sebab kita boleh memilih nombor yang belum ditender lagi sebagai nombor pendaftaran kita.
  6. "Always alert" bila tiba masanya, jangan dok lepa layan SMS, "Facabook" atau "foursquare".  Sekali terlepas menangis sebak tak berlagu la.  Kena tunggu pusingan nombor seterusnya. Silap-silap seminggu lagi baru dapat nombor yang kita ingini, kalau dapat, kalau tak sebulan lagi la.
  7. Cubalah… sepastinya ianya "Feel of Moment" yang akan abadi selamanya buat diri.
Balik dah ni…. selera makan perghhhhhh almaklumlah seharian hanya minum air nescafe 2 cawan jerk dengan keropok munchies.  Seterusnya, menunggu panggilan pengesahan pinjaman bank, dan ketibaan tempahan kenderaan.

p/s: I did it, tak lah susah mana pun…. segalanya selesai dalam sehari.  Alhamdulilah

ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...