Malaysia Web Hosting

Thursday, April 21, 2011

Bila Sahabat Bercerita Tentang Hal Gembira…. Siap Kita Tanya Bebanyak Kali.

Hari ini kerja agak sungguh sibok juga.

"Meeting - Discussion - Travel" (Dari Sg Buloh Ke Putrajaya), "check" kerja staf (bayaran & penerimaan), layan panggilan pelanggan (bakal pelanggan, pelanggan semasa, pelanggan lama).

Dalam "meeting" kita kena bersuara untuk memastikan kita tidak dijadikan batu loncatan, dan diomong-omongkan.

"Check" Kerja Staf-takut lak ada kesilapan sebelum diluluskan, kesannya 10 tahun lesen Akauntan Bertauliahku sia-sia belaka.

Layan Panggilan Telefon - dari semua pelanggan berkaitan dengan kerja-kerja yang bakal dilakukan dalam masa terdekat. Kalau tak dilayan… kurang la masyukkkkkkkk.

-----o0o-----

Namun dalam kesibukan, "Bila Sahabat Bercerita Tentang Hal Gembira", pasti kita akan bertanya banyak kali.

Telefon bimbitku berdering masa nak masuk bilik mesyuarat hari ini.  Aku pula dok kata yer, yer, yer, yer, yer, yer, yer jerk.  Mak oiiiiii semua "Yer" jerk, bakal masalah juga tu nanti.  "PoP" Aku tersentak dari lamunan melayan Dato' Pengerusi Mesyuarat.  Aku terfikir apa yang sahabatku katakan, Betul Ke?, Yer Ke?   Kena 'call" semula ni.

Sememang, berita gembira.  Kelulusan Pinjaman WVF 3539 telah di"confirm"kan. "Interest Rate" - 2.6%. Nombor Pendaftaran dah siap.  "Invoice" dah siap. "Carrier" dah "ready". Kereta "on the way" dari Pahang ke Kelang (almaklumlah Warna Putih adalah "special order", kata sahabat ku).  "Tinted" dah diaturkan, "Rolled Bar (sport bar)" akan siap dipasang.  Wah semuanya dah…..

Cuma pesan sahabatku….
  1. Ahad ni kena datang sebelum jam 11.00 pagi.
  2. Bawa, "Cover Note" Insuran kereta lama & polisinya sekali.
  3. Bawa juga Resit Nombor Pendaftaran.
  4. "Drop by" ke Jalan Kapar.
  5. Bayaran Pendahuluan menggunakan cek. Cek????????? (ahhhhhh dah lama aku tak guna.)


Aku hantar pesanan SMS gembira ini buat "my beloved Elly".

Tak puas hati lagi, aku "call" semula, betul ke cerita ni…. (pasal hari tu kata "deliver" agak lambat).

Sahabatku kata, Yer!!!!!! dan jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan Lesen.

Aku letak telefon bimbitku sambil senyum.

Aku telefon lagi…. nak tanya salinan ke asal yang perlu dibawa.

Sahabatku menjawab asal sudah tentu wajib…. (Kalau tak macam mana nak bawa kereta kalau lesen tak bawa, Kad Pengenalan kena bawa asal sebab itu bukti kerakyatan, tertangkap kes malang masuk balai la karang).

Aku tergelak… dan masuk ke dalam bilik mesyuarat semula, nasib baik belum bermula. (kerana masih menunggu ahli-ahli mesyuarat lain).

Begitulah "Feel of Moment" hari ini.  Ianya tidak dapat digambarkan, cuma dalam "retina" hati kita sendiri.

Akan tiba masanya gambar ini jadi sebenarnya nanti.

Next Step… Will be checkmate!!!!!!!!!!


p/s : Angan kalau diusahakan pasti akan jadi kenyataan, cuma ia perlukan keyakinan, strategi dan keberanian.  TQ… Sahabatku Herman……  Pantai Bharu Holding Sdn Bhd (Kelang).

ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...