Malaysia Web Hosting

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Menghadapi Penghidupan Baru WMR 570, Terima Kasih Atas Segalanya.

Sayu dan hibanya hari ini bila WMR 570 perlahan-lahan pergi meninggalkanku.  Rasanya, begitulah juga bagi  si kancil WMR570 semasa meroda pergi …. (Wah macam perpisahan kukasih dengan kekasih la pulak.)

Si Kancil WMR 570 (Usia 6 tahun 2 bulan)

Bertepatan jam 10.58 pagi, WMR 570 meroda perlahan-lahan meninggalkanku, setelah Borang K3 kutandatangani.

……..o0o……..

Banyak pengalaman telah kulalui bersama WMR570, yang penuh berjasa buat keluargaku dan aku sendiri.  WMR 570 sentiasa kujaga serta kucantikkan ia luar dalam, kupayungi ia walaupun murahan.  

……..o0o……..

Apa pun ceritanya, WMR 570 akan pergi jua walaupun aku menyayanginya.  Namun, pemergiannya mengajarku beberapa perkara yang kurasa boleh dikongsikan bersama.

Perjanjian dengan jurujual kenderaan terpakai yang bergelar kawan atau yang nak tolong kawan.
Saya juga jurujual barangan termasuk Kenderaan suatu ketika dahulu.  "Yes" kita nak keuntungan, kalau tak untung buat apa berniaga, kan?  Tapi, perlu diingat, bila kita membuat perjanjian kekallah dengan janji.  Jangan kita dolak-dalik itu ini demi untuk memastikan keuntungan hanya pada diri kita.  Kejab RM8,500, esok RM8,000, lusa RM7,500 lepas lusa RM7,000, sampai mencantas peluang orang lain. Kata-kata "Win-win situation" sememangnya persetan.  
Nasihatku (No. 1), kepada sahabat/pembaca yang akan/ingin menjual kenderaan mereka suatu hari nanti, (semasa membuat jualan tu) bawalah kawan yang akan membantu kita dalam penjualan serta menyokong kenyataan kita.  Sekurang-kurangnya bawalah isteri kita, dia adalah penasihat kewangan terbaik malah boleh menjadi seorang jururunding yang paling digeruni oleh pembeli kenderaan terpakai, sekiranya situasi menyebelahinya.  "Hampeh bin Hampeh" bakal kita terima, sekiranya kita pergi bersendirian.  Dalam kes saya tadi, nasib baik "my beloved Elly" ada bersama.  Elly sempat juga tekan "up" balik bila "buyer" turunkan harga.  (Itu yang selama ini aku nak katakan pada "my beloved Elly", dia memang terbaik cuma keberanian sahaja yang diperlukan atasnya.
(No.2) Selain tu, iklankan kenderaan pada "Market Price On Direct Buyer" dan "nego" pada harga di antara "Market Price" dan "Used Car  Price".  
Kekallah dengan harga kita "than fight". Jangan takut dengan kata-kata ugutan bahawa, pasaran hari ini, kat luar itu dan ini.  Kalau harga ditawarkan menurun lagi…. disinilah fungsi rakan kita semasa "nego", untuk naikkan harga balik.  Sampai puas hati baru jual. 
You will win….. Insyallah…..
(Kes hari ini) : Aku simpulkan dia bukan membantu, tapi menipu jer.  Tak boleh pakai pun….. setiap kata-kata.  
Urusan Bank Berkaitan Loan.
Sepastinya kita terfikir yang terbaik untuk urusan kewangan jangka panjang.  
Apa yang penting…..
  1. Nilailah pemberi pinjaman dengan tatacara komunikasinya.  Kalau dia dok kata dia seorang betul memanjang, kasar bangang.  Tinggalkan saja. Salesman macam tu iboh layan.
  2. Kadang-kala, ada jurujual bank yang bunyinya agak sombong, "Say good bye jerk."
  3. Ada pulak tak bagi salam ataupun ucapan selamat kat kita, terus main tangkap muat masuk bercakap.  (Kes saya hari ni) Saya sedang melayan pelanggan, tetiba panggilan masuk tanpa salam terus minah bank main cakap tangkap muat.  Saya simpulkan dia ni tak boleh pakai langsung, hanya layak jadi minah kacau jerk.  Malaun macam ni… iboh layan, suruh dia pegi hutan jerk, jual dengan beruk.
  4. Lepas tu baru, tengok "the best rate" yang dia boleh bagi, pasal kita adalah pelanggan.  Kalau terdapat banyak bank untuk pilihan, "try" tanya berapa "rate" bank lain boleh bagi-sekurang-kurangnya 4 ke 5 bank lagi untuk perbandingan.  (Different bank, different rate for the same car).
  5. Dah dapat semua "Rate" buat perbandingan dengan pengiraan kita sendiri, tengok kemampuan bulanan tentang "installment" pulak. (Cuba kejar "requirement" dan kemampuan kita, berapa kemampuan kita.  Ingat : Wang pendahuluan kita boleh usaha untuk mendapatkannya.)
  6. Kita pasti akan mendapat keputusan terbaik dengannya.
  7. Akhirnya kita pasti akan menjumpai apa kadar dan takat kemampuan yang kita kehendaki.
  8. Dah selesai tu, boleh la tandatangan perjanjian tu yerk. 
    Ringkasnya, itulah jasa WMR570 kepadaku sebelum WMR570 merodakan diri dan pergi.  Terima Kasih WMR570, jasamu akan tetap kukenang sehingga akhir hayatku.

    'theFLAME
    The PhotoBlogger

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...