Malaysia Web Hosting

Monday, April 18, 2011

Mengensot Setapak "Demi Sebuah Perjalanan Atas Nama Perubahan".

Saban hari dalam menjalankan tugas professional sebagai Akauntan (profession saya sebenar, jurugambar adalah hobi semata, tapi menjadi pencarian tambahan semata-mata) pelbagai sering kulalui.  Idea baru, idea abstrak malah idea kecil yang boleh dijadikan idea besar.  

Hasil dari teguran (e-mail sahabat yang mahukan yang terbaik) dan permintaan (dari seorang kawan untuk menyediakan folio) untuk membantunya dalam meyakinkan pelanggan berkaitan jualannya, kuhasilkan sebuah website meskipun murah.  Berat dan takut ada juga, tapi insyallah…. ianya bermula di sini.  Untuk itu, tidak banyak yang perlu kufikirkan buat masa ini, kecuali duit, duit, duit. (semua orang fikirkan yang tu bukan).

Website "Sentuhan Listrikku"
Untuk permulaan web percuma la kot. Esok???? berbayar la pulak, semestinya.

Ada kawan bertanya… kenapa "Wix.com" yang percuma dan murahan?

Jawapannya :-
  1. Biarlah permulaannya percuma dahulu, kemudian akan menjadi berbayar.
  2. Kena bermula dengan sesuatu dahulu.
  3. Esok kan masih ada, hari ni buat yang ni dulu….
  4. Saya sukakan Flash Web sebagai permulaan.
Apa-apa pun, melangkah setapak rasanya perlu untuk 'perjalanan' yang kunamakan 'perubahan'.

"Demi Perjalanan, Atas Nama Sebuah Perubahan" ini, maka terhasillah website saya "'theFLAME Photography : Sentuhan Listrikku." untuk tatapan semua.

Selamat mengunjunginya, sekiranya ada terkurang, hubungi dalam ruangan 'contact', ataupun email saya atau YM saya dalam facebook saya untuk membentuk pembinaan terbaik masa depan sesama kita. Saya akan berjanji membalas makluman anda. 

p/s: terbaik adalah dari anda…. dari saya hanyalah kepuasan anda.  Wassalam

Terima Kasih dan Salam Buat Semua.

ThePhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...