Malaysia Web Hosting

Sunday, April 10, 2011

Email dari seorang teman….. Better On Bahasa Melayu (Plus) Positif Idea.

Tergerak hari semalam selepas layan Facebook (jam 1.00 pagi) untuk membaca e-mail seorang kawan nun jauh di seberang sana.  (Bukan seberang sahaja Indonesia yerk…)

Teguran yang kurasa untuk dikongsikan bersama supaya menjadi panduan bersama kot….. (Saya edit-edit dan potong-potong ayat untuk mudah difahami (Kalau dicetak, rasanya sampai/lebih 3 mukasurat juga).
  1. "….. Saudara kenapa buat blog pakai Bahasa Inggeris (Bahasa Mat Salleh) jerk…. Pakai jerk Bahasa Malaysia senang orang nak follow. Kalau Bahasa Inggeris kekadang grammer kita salah orang translate lain."
  2. "Saya amat tertarik dengan blog ini tapi bahasa dia ada yang silap (Sori komen camtu, saya pun bukan hebat Bahasa Inggeris), so why don't geguna jerk bahasa kita, bahasa kebanggaan (bukan hanya bahasa kebangsaan).
  3. "Saya lontarkan idea supaya, saudara menyediakan blog tentang tatacara mengambil gambar-gambar dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu… senang orang nak baca.  Peralatan yang saudara guna "Wow!" sungguh hebat. Kalau Mat Salleh nak tahu suruh jerk dia belajar bahasa kita. (Asyik kita jerk belajar bahasa dia).
  4.  "Saya rasa saudara tercari-cari gaya bahasa (untuk blog saudara), tema (dah ada), skill (dah ada).
  5. Disamping itu, cuba lontarkan idea-idea bernas untuk pembaca blog saudara, supaya lebih menarik. 
  6. Untuk mendapatkan income cuba tengok blog ini….. 2DayBlogger.com  Belajar dari dia atau add dia sebagai kawan dalam FB.
  7. Cuba dekati pembaca dan selami kehendak mereka. 
Wow! banyak juga komen dia ni.  Namun, bagi saya satu yang terbaik untuk memulakan sesuatu.  E-Mail tu saya jawab seperti berikut (by point juga la).
  1. Bahasa Inggeris saya salah grammer? Okey positifnya, saya terima teguran tu, terima kasih atas pembetulan tu.  Bahasa Malaysia tu okey juga yerk… lagi tak terbatas idea kita.  Saya akan cuba betulkan bahasa-bahasa saya tu, dan rasanya tak salah kalau guna Bahasa Malaysia kejab dan Bahasa Inggeris kejab, atau Bahasa Rojak (Ade ke benda ni).
  2. Terima kasih kerana meminati blog ini…. blog kerdil jer ni.  
  3. Tatacara Mengambil gambar? Insyallah saya akan buat…. Menarik idea tu, saya akan segerakan untuk saya lakukan.  Terima kasih atas idea tu…. hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.  Tentang 'Gear' saya tu… taklah seberapa. Okey.
  4. Saya memang tercari-cari gaya bahasa, tapi dari teguran saudara saya telah mula mendapatkannya. Terima kasih, jangan lupa datang lagi.
  5. Idea-idea bernas untuk pembaca? Juga satu idea yang baik yang bakal saya akan utarakan.
  6. Income sapa-sapa pun nak…. tentang blog 2DayBlogger.com  tu saya dah lawat.  Memang menarik, dan akan dijadikan contoh pun, insyallah.
  7. Mendekati pembaca tu masih dalam carian bagaimana, tapi insyallah akan diusahakan.
Nampaknya, ada juga yang membuat follow-up blog kerdil ini.  Terima kasih atas lontaran idea positif  tu.  Dan, saya rasa ia boleh dijadikan sempadan bersama.

p/s : Terima Kasih kerana sudi melawat ke blog kecil ni…. insyallah akan digunakan sebaik-baiknya idea bernas tu.  Pedas dan Pedih kritikan tu, tapi apa salahnya menerima.  Terima Kasih dan Salam Terima Kasih khas buat pengkritik ni.  "Bagi saya…..? Go Back and Practise. Huhuhuhuhuhuhu"

Salam.
'theFLAME
The PhotoBlogger

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...